Thursday, November 27, 2014

AFF Suzuki Cup 2014: Malaysia tewas kepada skuad muda Thailand, pandangan aku..


Aku nak komen sikit la pasal game Malaysia vs Thailand semalam. Sepertimana yang aku jangkakan, abg Dol menggunakan pengalaman pemain untuk mengekang pemain muda Thailand. Secara tidak langsung, kita boleh katakan semalam, pengalaman menentang tenaga muda.



Bila kata pengalaman disini, memang aku nampak hasilnya yang mana Malaysia menjaringkan 2 kali Malaysia menjaringkan gol mendahului lawan, tapi kemenangan hanya diketahui di penghujung perlawanan di mana tenaga muda mempunyai kelebihan disitu. Dan Thailand menggunakan tenaga muda sehingga habis perlawanan. Gol kemenangan dijaringkan pada minit ke 88.



Dekat sini, aku tak salahkan sesiapa sebab faktur kemenangan itu memang jelas kelihatan. Abg Dol juga tidak langsung berselindung dengan gaya serta taktik perlawanan yang mana kita boleh tengok pergerakkan perlawanan, siapa, di mana dan apa tugas pemain-pemain diatas padang. Malah apabila Abg Dol menukarkan S. Kunalan, bagi aku sangat berpatutan. Nampak sangat Kunalan yang kita lihat semalam, bukan Kunalan yang kita biasa lihat.




Tapi dengan memasukkan Indra Putra, aku berasa sedikit tak faham tujuan Abg Dol. Kenapa tidak memasukkan Baddrul atau Piya jika mentali pada ketika itu hendak menyerang. Itu yang buat aku terkilan sedikit. Aku malas nak komen prestasi Indra Putra di atas padang, tapi aku lebih terkejut apabila khidmat Baddrul dan Piya tidak digunakan.



Pemain-pemain Malaysia, rata-rata bermain dengan baik terutamanya Amri Yahya. cubaaan menarik yang mana satu gol dihasilkan, dan kurang 2 inci untuk gol kedua bagi dirinya. Malah Copot juga memainkan peranan yang baik dibarisan tengah pasukan Malaysia. Yang aku nak komen, Afif yang berada dibarisan pertahanan. Pada mulanya, prestasinya agak baik, namun, 20 minit terakhir, dah macam kelaut dah. Zubir Azmi pula dilihat banyak membantu barisan pertahanan tengah.
 

Macam nie lah. Kalah tetap kalah walau apapun yang kita cuba luahkan, kita dah tak boleh toleh kebelakang lagi, membicarakan perkara yang lepas. Yang pasti, kita dan pasukan Malaysia kena memandang kehadapan dan matlamat kita adalah untuk menang di perlawanan menentang Singapura. Kini Malaysia berada ditempat ke 3 kumpulan berkongsi satu mata bersama Myammar, hanya dibezakan dengan gol different ja pun. Sebab Myammar bolos lebih jer...



Jadi, elok kita tumpukan kepada perlawanan yang akan datang yang mana Malaysia akan menentang Singapura di Stadium National Singapore Sports Hub, Singapura nanti pada Sabtu nie, 29 November 2014 pukul 8:00 malam. TV3 ada live bro... Jangan risau. Yang tak ada Astro, bukan tv3 jer...

Pulun Kedah Pulun...

eh silap..

Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    3 Comments:

    At November 27, 2014 at 2:38 PM , Blogger Wayne Harraz said...

    Indra lebih layak bermain dari Badrol dan Piya. Kalau Abg Dol masukkan Badrol atau Piya, jentera serangan Malaysia akan menggandakan serangan kerana mereka berdua lebih bersifat attacking berbanding Abg Putra yang lebih tenang dan telah tenggelamkan permainan Amri. Mat Yo tak payah keluar pun tak pa. Ada gak peluang yang dia cipta. Apa-apa pun, lawan Singapore nnt, Abg Dol kena kekalkan corak permainan yang sama

     
    At November 27, 2014 at 3:37 PM , Blogger Fiza Aizzawa said...

    setuju 100% pendapat bro tu.. npe la tak dimasukkan Baddrul dan Piya.. ms malaysia dpt 2 gol dah rase seronok.. lps tu rase migrain pulak bila thailand jaring gol lagi.. huhu..tak de rezeki kan.. nak wat mcm mn..

     
    At November 28, 2014 at 5:17 PM , Anonymous Anonymous said...

    Saya merasa pelik la pasukan kita ni...

    part player aku tak mau komen bukannya pasal tak tau nak komen apa...

    cuma aku rasa Abg Dol perlu cuba guna formasi 5-3-2 @ 5-4-1...

    leceh la bila kena serang semua pakat bertahan tapi at last minutes bolos jugak...

    at least kalu pertahan kental penyerang kita akan punya lebih banyak ruang untuk menyerang...

    tak gitu?

    ke guane?

     

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home