Pengurus Gus Poyet menganggap kekalahan terbesar Black Cats dalam saingan Liga Perdana itu saat paling memalukan dalam arena bola sepak.
Sunderland menjaringkan dua gol sendiri termasuk voli dari jarak 18 meter yang dilakukan pemain Argentina, Santiago Vergini.
“Saya secara peribadi akan berbincang dengan semua rakan sepasukan untuk melihat kemungkinan kami membayar semula harga tiket dan kos perjalanan penyokong kami,” kata Mannone.
Kekalahan itu yang terbesar buat Sunderland dalam tempoh 32 tahun dan Mannone mahu semua pemain bertanggungjawab menanggung kos perjalanan sejauh 700 km yang dilakukan 2,500 penyokong setia mereka.
“Saya serius mahu membayar balik harga tiket dan kos perjalanan mereka,” kata penjaga gol berasal dari Itali itu.
“Kami patut melakukannya kerana tidak bermain bersungguh-sungguh. Kami memulakan aksi dengan baik, tetapi selepas lawan mendapat gol, kami putus asa termasuk saya sendiri.
“Memang sukar buat kami, tetapi peminat juga merasai perasaan sama. Ia saat yang mengecewakan.”
Dia berkata, semua pemain perlu segera bangkit menjelang aksi menentang Arsenal di laman sendiri, Sabtu ini.
“Kami akan mengkaji semula kesilapan dan ada tempoh seminggu untuk melakukannya. Saingan Liga Perdana Inggeris sangat sukar. Kami bakal berdepan perlawanan hebat di tempat sendiri dan tidak ada masa untuk kecewa dengan apa yang sudah berlaku,” kata Mannone.
“Seperti yang saya katakan, peminat yang hadir ke Southampton sangat istimewa. Kami beruntung kerana dapat beraksi bersama kelab ini. Jika saya menjadi peminat, tidak mungkin saya sanggup bertandang sejauh itu.”
- myMETRO
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop