Walaupun Kedah menang semalam dengan jaringan 3-1, tapi sepatutnya pasukan
Kedah tidak berasa selesa dengan kedudukan ini. Sungguhpun hakikatnya,
kita mempunyai kelebihan 2 jaringan, kita jangan lupa bahawa Pahang
mempunyai satu gol di tempat lawan.
|
Farhah yang digelar Messi Kedah |
Aku mengucapkan
tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya menang di Stadium Darulaman.
Untuk pengetahuan semua, perlawanan semalam merupakan perlawanan
terakhir pasukan Kedah di Stadium Darulaman untuk musim ini. Dan dengan
kemenangan semalam, penyokong-penyokong dan peminat Kedah boleh
tersenyum lebar malam tadi dengan ukiran kenangan kemenangan semalam...
|
Pasukan Pahang sedang bersiap sedia |
Namun,
dalam masa yang sama, Kedah akan mengharungi separuh masa kedua di
Darul Makmur nanti. Malah Pahang sudahpasti akan memperbaiki kelemahan
serta mempermaskan jentera serangan mereka. Kehadiran semula awang-awang
import mereka pasti akan membantu Pahang untuk menewaskan Kedah di
laman Pahang. Jangan dilupa juga, penyokong-penyokong setia Pahang yang
sudah pasti akan membanjiri Stadium Pahang 24 haribulan nanti.
Tiba-tiba
aku risau, sebab bola itu bulat. Teringat pada suatu ketika dulu yang
mana Kelantan juga berada dalam situasi yang sama namun, apabila
bertandang ke laman lawan, mereka tewas.
Apapun, kita
tunggu keputusan penuh malam 24 haribulan nanti. Sama ada aku perlu beli
tiket dekat Bukit Jalil ataupun tidak. Hahahahha..
Sedikit recap gambar-gambar semalam yang aku nak kongsi di Stylo Sport. Kredit untuk FB Persatuan Bola Sepak Kedah.
|
Rembatan kencang Namkung Woong dari luar kotak penalti untuk gol pertama Kedah |
|
Farhan meraikan untuk gol ke 2 Kedah |
|
Aksi Khyril Muhymeen selepas menjaringkan gol ke 3 Kedah |
|
Billy meraikan kemenangan Kedah |
|
'Pelam' kena buli... |
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop