Saturday, October 4, 2014

Park Ji Sung kembali ke Manchester United


Di petik daripada laman web rasmi Manchester United sendiri, Park Ji Sung akan kembali ke Manchester United. Walaupun sudah lama meninggalkan Manchester United, kini Park kembali untuk menguatkan Manchester United, bukan sebagai pemain, tetapi sebagai duta.


Park Ji Sung akan dipersembahkan secara rasmi dalam satu aturcara yang mana akan berganding bahu dengan Sir Alex Ferguson di Old Trafford sebelum perlawanan menentang Everton pada Ahad ini, 5 Oktober.


Sebahagian daripada tugasnya kali ini lebih kepada mempromosikan kelab Manchester United dan akan mewakili kelab dalam aturcara-aturcara rasmi yang melibatkan komuniti, syarikat-syarikat penaja dan pemegang-pemegang saham Manchester United sendiri.


Park Ji Sung telah bersama kelab Manchester United selama tujuh tahun semenjak 2005 sehingga 2012 dengan 4 kejuaraan Liga Perdana, 3 kejuaraan Piala Liga dan 1 kejuaraan Liga Juara-Juara


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget