Monday, September 1, 2014

Fantasy Premier League - Gameweek 3


Semua pakat tengok kedudukan masing-masing. Nampaknya, tahta liga kali ini bertukar lagi dengan Bergkamp Stylo mendahului. Sungguh bernasib baik Bergkamp Stylo kerana memacak Diego Costa sebagai Kapten minggu ini. Bagaimanapula dengan pasukan Dream Team? Siapakah yang patut anda beli?


Dreamteam
Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Untuk Dreamteam minggu ini, Dyer dan Sigurdsson telah berada di sini untuk kali ke-2. Namun menjelang pertemuan Chelsea menentang Swansea, di laman Chelsea sendiri, adalah agak berisiko untuk membeli 2 pemain ini. Manakala Costa harus di kekalkan di skuad anda. Terdengar ura-ura yang Chelsea akan mengamuk lagi. Namun Matic dan Ramires yang baru berada di Dreamteam ini, bukanlah pemain yang patut anda beli. Tapi anda boleh cuba.

Di bahagian pertahanan nampaknya, tidak begitu konsisten. Dier yang pada awal 2 perlawanan nampak konsisten berada di Dreamteam, namun minggu ini tidak berada di sini berikutan kekalahan menentang Liverpool. Dan Spurs pula akan menentang Sunderland di laman lawan. Mampukah Spurs menang atau sekurang-kurangnya seri?


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home