Tuesday, September 30, 2014

Pietro Tomaselli selicik Messi


Pemain bola cilik yang telah di tandatangai AS Roma. Pietro Tomaselli dari Belgium mempunyai skill yang hebat pada umurnya 8 tahun pada 2013. Dan kini 2014 pastinya skillnya bertambah lagi baik dan bakal sehebat Messi suatu hari nanti. Malaysia juga sedang menantikan pemain yang sehebat ini. Namun, jika FAM masih di takuk lama, kita kekal bermimpi untuk bemain di Piala Dunia





Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    Messi 401 career goals


    Lionel Messi mencecah satu lagi pencapaian rekod golnya pada Sabtu lalu. Messi menjaringkan dua gol dalam kemenangan 6-0 Barcelona ke atas Granada dalam La Liga. Messi telah memecahkan rekod golnya yang ke 401 di dalam kerjayanya selama 14 tahun. Bagi meraikan pencapaian terbaru Messi, seorang pengguna YouTube  telah menyediakan satu video yang mana Messi telah menjaringkan gol untuk kelabnya Barcelona dan pasukan kebangsaan Argentina sejak tahun 2000. Sudah tentu, video yang panjang - lebih setengah jam - kerana Messi telah menjaringkan banyak kali.



    Messi hanya berumur 27 tahun dan akan terus menjadi lagenda bola sepak. Berikut adalah fakta gol jaringan Messi.



    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

      Labels:

      Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2014


      Jadual Perlawanan

      TERENGGANU
      LWN
      JOHOR DARUL TA'ZIM
      03 October 2014
      08:45

      SELANGOR
      LWN
      FELDA UNITED FC
      03 October 2014
      08:45

      KELANTAN
      LWN
      KEDAH
      03 October 2014
      08:45

      PAHANG
      LWN
      PDRM
      03 October 2014
      08:45




      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

        Labels:

        Monday, September 29, 2014

        Van Gaal tak faham EPL - Ruud Gullit


        Ruud GullitBekas pengurus Chelsea ini telah menyelar pengurus baru Manchester United mengenai polisi pembelian pemainnya yang telah menyebabkan turun naik pasukannya itu.

        Ruud Gullit telah menyelar Loius van Gaal di dalam tulisannya di akhbar De Telegraaf dengan menyatakan bahawa Loius van Gaal tidak dapat memahami permainan di Liga Inggeris.

        Dengan kehilangan pemain senior di posisi pertahanan seperti Nemanja Vidic, Rio Ferdinand dan Patrice Evra, Loius van Gaal sepatutnya memfokuskan pembelian pemain pertahanan dengan membeli pemain yang berkaliber. Namun, tindakannya yang  cenderung membeli pemain di posisi penyerang menyebabkan posisi pertahanan United goyah dan van Gaal tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab itu kepada pemain muda.


        Di dalam tulisannya itu, Gullit telah mengesyorkan agar van Gaal membeli pemain pertahanan semasa pintu perpindahan di buka Januari ini.

        "Adalah amat pelik apabila anda kehilangan pemain pertahanan dan anda memfokuskan untuk membeli pemain di posisi penyerang. Anda sepatutnya memfokuskan posisi pertahanan terlebih dahulu. Seperti kita mendirikan sebuah rumah, aspek yang paling penting ialah asasnya. Jika asasnya (posisi pertahanan) lemah, maka keseluruhan pasukan itu turut lemah" tulisnya lagi.


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

          Labels:

          Atlet wushu negara bebas dadah


          Rentetan daripada kes dopiing tempoh hari.

          Atlet wushu negara bebas dadah: Danyal
          Incheon: Tiada sebarang kes doping membabitkan atlet wushu negara seperti yang didakwa sebelum ini.
          Chef de Mission kontinjen negara Datuk Danyal Balagopal Abdullah mendedahkan laporan mengenai kes positif dadah yang dikaitkan dengan seorang peserta wushu Malaysia tidak wujud sama sekali.
          Danyal menyatakan kekeliruan mengenai perkara itu disebabkan ‘kesilapan pentadbiran’ yang sudah diselesaikan.
          “Tiada kes doping.
          Tolonglah jangan bercakap mengenainya lagi,” katanya selepas menyaksikan skuad memanah recurve lelaki negara meraih pingat perak, semalam.
          “Kami sudah mencabar perkara itu dan ia disebabkan kesilapan pentadbiran.

          OCA (Majlis Olimpik Asia) menyatakan tiada kes dan saya fikir tiada sebarang kes perlu ditangani.
          “Saya hanya perlu menyediakan kertas kerja untuk diselesaikan antara saya dengan OCA.

          Kami bersih.” Minggu lalu, agensi berita kebangsaan China, Xinhua melaporkan seorang peserta wushu Malaysia antara tiga atlet yang didapati gagal dalam ujian air kencing pada temasya Sukan Asia Incheon.

          sumber: myMetro


          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

            Labels:

            Liverpool FC semakin merapu..


            Luahan hati aku yang ikhlas setelah puas merenung dinding-dinding gua yang penuh gelap gulita bersama-sama rakan penyokong Liverpool yang lain. Letih wei duduk dalam gua lama-lama. Aku ingat baru ja nak keluar gua ari Sabtu lepas, malangnya, Liverpool hampess..


            Bengong. 6 perlawanan, menang 2, seri 1 dan kalah 3 perlawanan. Dah setaraf kelab bawahan dan seperti Manchester United, Burnley dan seangkatan dengannya. Opss, sori. Manchester United sekarang pun dah naik dah kedudukan mereka, berbanding Liverpool.


            Aku yakin, kalau perkara ini terus menerus berlaku, Brendan Rodgers akan dipecat. Percayalah. Brendan Rodgers kini perlu mengembalikan kembali moral pemain-pemain kerana daripada perlawanan yang lalu, kekalahan dengan Aston Villa dilihat masih menghantui pemain-pemain. AKu, sebagai peminat, akan terus menerus menghuni gua ini.


            Adooi..

            Set-set Manchester United pun dah keluar gua. Apalah nasib badan...

            Sedikit recap perlawanan Liverpool menentang Everton di Anfield.








            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

              Penjaga gol yang malang


              Kasihan penjaga gol ni. Sepatutnya bola tu boleh clear, tapi di sebabkan dia dok situ, makanya free-free je bagi gol kepada pihak lawan


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                Labels:

                Man United 3rd kit in the house


                Kepada peminat Man U, jersi 3rd kit 2nd ori kini ada stok. Dapatkan jersi terakhir Man U bersama Nike ini. Lepas ni jadi lejen jersi ni... :)



                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                  Sunday, September 28, 2014

                  Tidur lagi ke BAM? - Siri kekalahan Chong Wei vs Lin Dan


                  Walaupun memegang ranking nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi makan hati dengan seteru utamanya Lin Dan di dalam perebutan final Asian Games 2014 ini.

                  Bermain di rubber set 22-20, 12-21, 21-9, Datuk Lee Chong Wei tidah dapat menahan asakan Lin Dan yang memang terkenal dengan jolokan Super Dan.

                  Dan sekarang, apa tindakan BAM? Datuk Lee Chong Wei akan menamatkan kariernya selepas ini. Siapa yang bakal menggantikannya? Arif Latif? Zulfadli Zulkifli? Cheam June Wei? Soong Joo Ven? Soo Teck Zhi? Mereka ini semua pernah memegang ranking nombor 1 BWF Junior Ranking.

                  BAM.....masih mahu tidur? Apa tindakan BAM sekarang? Kami semua hanya mendengar pemain senior memonopoli game-game besar. Namun, pemain senior pun masih tidak dapat menandingi Datuk. Chong Wei Fen, Liew Darren.....ermm....Cubalah naikkan pemain junior pula. Kenapa pemian China semua boleh? Semua acara mereka sapu bersih. Tengku......Tengku.....................



                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                    Labels:

                    Saturday, September 27, 2014

                    Merseyside Derby dan North London Derby Penghibur Hari Sabtu anda!





                    Buat peminat-peminat bola sepak sekalian, perlawanan bola sepak pada hari ini agak menarik kerana 2 pasangan jiran yang merupakan seteru utama akan bertembung daam perlawanan EPL hari ini. Fokus kali ini mungkin akan ditujukan kepada Merseyside Derby, iaitu Liverpool vs Everton pada 7.45 malam ini.

                    Derby yang berlangsung di Anfield kali ini merupakan yang pertama buat Roberto Martinez selaku pengendali Everton dan sudah semestinya Martinez mahu mencipta kejutan dengan memenangi perlawanan hari ini.



                    Romelu Lukaku dan Mario Balotelli sudah pasti akan menjadi sandaran Rodgers dan Martinez untuk merobek gawang dan 2 target man ini akan menjadi fokus untuk malam ini:




                    Satu lagi perlawanan, iaitu antara Arsenal vs Tottenham akan berlangsung lewat sedikit iaitu pada pukul 12.30 pagi Ahad. Ini juga merupakan perlawanan Derby pertama Mauricio Pochettino selaku pengendali Spur.

                    Pochettino pasti mengharapkan sentuhan Christian Eriksen dalam perlawanan kali ini, manakala Arsenal sudah semestinya akan mengharapkan sentuhan Mesut Ozil selaku no 10 paling utama dalam pasukan untuk mencipta kejutan, sama seperti perlawanan menentang Aston Villa tempoh hari:



                    Derby yang menarik ini pasti akan memenuhkan kedai mamak berhampiran. Buat peminat fantasy EPL, siapakah yang akan anda pilih? BUat lah pilihan yang tepat. hehehe~

                    -bergkamp-

                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                      Labels:

                      Friday, September 26, 2014

                      Andrea Pirlo, The Living Legend.


                      Sapa tak kenal dengan Andrea Pirlo. Dilahirkan pada 19 May 1979 yang kini merupakan pemain kebangsaan Itali dan juga tunggak utama kelab Juventus. Sentiasa mengemudi jentera tengah pasukan Juventus dan juga Itali. Sangat-sangat mahir dalam mengatur perlawanan dengan gaya permainan yang tenang.


                      Pirlo merupakan pemain yang sangat merbahaya daripada segi hantaran, teknik, gelecek malah mempunyai visi ketia membuat hantaran-hantaran jauh . Beliau juga terkenal dengan sepakan percuma yang tajam dan tepat. Andrea Pirlo digelar "The Architect" disebabkan hantaran-hantaran jauh beliau yang seringkali menghasilkan peluang untuk penyerang menjaringkan gol.


                      Pirlo merupakan pemain keempat yang mempunyai cap kebangsaan terbanyak. Beliau pernah bermain untuk pasukan Itali diperingkat U15, U18 dan U21 malah menjadi kapten pada kejohanan 2000 UEFA European Under-21 Football Championship dan dianugerah as the Golden Player and Top Scorer dalam kejohanan tersebut.


                      Pirlo kemudian dijemput untuk menganggotai pasukan senior dalam kelayakan Piala Dunia 2002. Malah beliau menjadi kapten untuk pasukan Itali bagi kejohanan Olimpik 2004. Dalam kejohanan tersebut, Itali mendapat tempat ke 3. Pada kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman, Andrea Pirlo merupakan pemain yang mempunyai assist yang paling tinggi malah mendapat pemain terbaik dalam 3 perlawanan disamping dianugerahkan pemain ketiga terbaik kejohanan (Bronze Ball)


                      Andrea Pirlo juga mempunyai rekod cemerlang dalam kelab yang pernah disertainya. Pirlo pernah menyertai kelab Brescia, Inter Milan, Regina, AC Milan dan terkini, Juventus. Namun, kemuncak karier Pirlo boleh dikatakan banyak bersama AC Milan dengan 2 kali kejuaraan  UEFA Champions Leagues (2003 dan 2007), dua kejuaraan European Super Cups (2003 dan 2007), 2 kejuaraan Serie A (2004 dan 2011), satu kejuaraan FIFA Club World Cup (2007)dan 1 kejuraan Coppa Italia (2003).


                      Namun setelah menyertai Juventus pada tahun 2011, beliau dilihat menambah lagi koleksi kejuraan Serie A dengan 3 kejuaraan Serie A pada tahun 2012, 2013 dan 2014. Daripada rekod sedia ada, Andrea Pirlo masih aktif mengekalkan kecemerlangan nya bersama Juventus.


                      Dan daripada rekod-rekod tadi, tak mustahillah yang Andrea Pirlo boleh diletak taraf sebagai Living Legend sebaris pemain-pemain ternama lain seperti Zidane, Platini mahupu Pele.

                      Antara-antara recap perjalanan karier Andrea Pirlo ketika bersama kelab-kelab terdahulu dan gambar terkini.

                      Kelab Brescia




                      Inter Milan




                      Reggina





                      AC Milan




                      Juventus





                      Andrea Pirlo bersama pasukan Itali







                      ANDREA PIRLO, THE LIVING LEGEND



                      -luis Garcia-


                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                        Labels: