Roti Dons 4 bijik..
![]() |
Dan ini bukan Roti Dons yer... |
Aku pun mula la tanya abang Google apakan yang dikatakan dengan roti Dons nie sampai sedap sangat kawan aku cakap nie. Kalau mamat ni kata sedap, mungkin sedap la kot, sebab payah nak tengok mamat nie makan kat kedai pagi-pagi sebelum mula kerja. Tapi, pagi nie empat bijik kau.
Dalam aku mencari-cari bagaimana bentuk roti Bons, dalam masa yang sama, aku sambil-sambil baca paper online dan berita-berita terkini. Standard aku, aku suka baca pasai bola, sukan dan hiburan. Ada politik sikit-sikit dan banyak isu semasa. yang paling aku suka baca, keputusan bola malam semalam.
Nak dijadikan cerita, semalam Manchester United kalah 0-4 kepada kelab divisen mana tah, aku pun kurang pasti. Yang menarik, aku dah ada bahan untuk troll kawan-kawan aku yang merupakan peminat-peminat tegar Manchester United nie, terutamanya mamat yang kenyang makan roti tadi. Tiba-tiba baru aku perasan, Manchester United kalah kepada kelab bawahan, Milton Keynes Dons atau MK DONS. Ooooo... DONS. itu rupanya roti Dons empat bijik. Patutlah kenyang.
Hahhahahaha...
Sori bro. Lambat faham sikit hang punya messange. Aku baru nak bahan hang arinie. Kesian la pulak. Hang pun dah kenyang dah makan 4 ketul roti Dons, so aku tak jadi nak bahan hang.
Hahahhaah...
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: Santai
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home