Friday, August 22, 2014

Mario Balotelli dan Liverpool FC.


Mario Balotelli dijangka akan melakukan perpindahan ke kelab English yang mana dia akan bersetuju dengan beberapa tema dan klausa berkenaan kelakuan dan tindak-tanduknya. Brendan Rodgers yang pada mulanya tidak berminat dengan Balotelli beberapa minggu yang lalu kini telahpun mengemukakan tawaran bernilai £16juta kepada kelab AC Milan. 


Agen Balotelli, Mino Raiola telahpun ke Merseyside untuk perbincangan lanjut bersama-sama Ketua Eksekutif Liverpool, Ian Ayre semalam (Khamis) setelah Milan bersetuju dengan tawaran £16juta tersebut terhadap pemain yang berumur 24 tahun itu.


Kelab Itali itu pada mulanya hanya ingin meminjamkan Balotelli ke kelab Liverpool setelah kelab Liverpool membuat pendekatan awal mengenai status Balotelli di Milan, namun Milan telah menolak permintaan Liverpool untuk meminjam Balotelli setelah Liverpool berhasrat untuk mengenakan berapa klausa yang ditulis khas bagi memastikan Balotelli daripada bersikap diluar batasan.


Namun, Liverpool telahpun memberi altenatif bagi memastikan Balotelli ke Anfield apabila mencadangkan agar perpindahan kekal dilakukan dengan terma-terma atau klausa-klausa yang dicadangkan dapat digunapakai. Dan ini telah menarik minat Milan untuk menjual penyerang kebangsaan Itali tersebut.


AC Milan dilihat agak terdesak untuk menjual Balotelli ke kelab lain, dan apabila Liverpool berhasrat untuk mendapatkan khidmat beliau, Milan dilihat menyetujui terma-terma yang dikenakan. Namun, beberapa terma masih lagi dalam berbincangan seperti gaji Balotelli yang inginkan gaji £160,000 seminggu. Daripada apa yang difahamkan, kemungkinan besar, Liverpool akan menawarkan gaji yang kurang sedikit daripada nilai yang dipinta.

-luis Garcia-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    3 Comments:

    At August 22, 2014 at 5:24 PM , Blogger PCL said...

    "makan gaji dgn main bola ni memang aku tak terfikir masa sekolah rendah dulu..; sumber rezeki yg lumayan kalau kena gaya tak perlu pergi jauh, dalam negara pon jadi hartawan....

     
    At August 23, 2014 at 12:20 AM , Anonymous Anonymous said...

    Mana stok jersi nya?

     
    At August 23, 2014 at 9:05 AM , Blogger Wayne Harraz said...

    stok jersi ada di sini http://www.stylosport.com/p/stylo-shop.html

     

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home