Robin Van Persie disisihkan menentang Argentina..
Robin Van Persie dilihat tidak menjalani latihan bersama rakan sepasukan kerana dipercayai mengalami sakit perut. Malah ada yang mengatakan yang Van Persie mungkin akan digugurkan daripada perlawanan menentang Argentina.
Walau bagaimanapun, jurulatih Belanda, Louis Van Gaal menafikan bahawa Van Persie akan disisihkan. Malah menegaskan bahawa kelibat kapten belanda ini penting dalam menghadapi Argentina. Menurut berita The Guardian, Van Persie hanya tidak diturunkan untuk berlatih kerana khuatir sakit perut yang dialami akan bertambah teruk, oleh itu Van Persie perlu berehat.
Belanda akan menentang Argentina pada malam ini pukul 4.00 pagi waktu Malaysia.
Labels: World Cup 2014
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home