Ketua Eksekutif FIFA di tahan jual tiket haram Piala Dunia
Ray Whelan, Ketua Eksekutif bahagian Hospitaliti yang di lantik oleh FIFA pada kejohanan Piala Dunia kali ini di tahan polis Brazil kerana di percayai terlibat di dalam penjualan tiket haram Piala Dunia.
Ray Whelan, seorang warganegara Brtisih yang juga pengarah MATCH Services, iaitu ejen penjualan tiket Piala Dunia yang sah, telah di tahan di hotel Copacabana Palace di Rio de Janeiro yang menjadi hotel rasmi bagi pegawai FIFA.
Whelan di tahan dalam Ops Jules Rimet. Polis menemui 82 keping tiket untuk perlawanan seterusnya dan merampas komputer riba, telefon dan beberapa dokumen lain.
Pada minggu lepas, polis menahan 11 orang yang di syaki terlibat dengan penjualan tiket haram dan membongkar jaringan antarabangsa yang terlibat. Polis mendedahkan bahawa mereka mengaut keuntungan sebanyak $90 juta setiap perlawanan..
Labels: info
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home