LightBlog

Piala Dunia Brazil 2014 dalam kaca mata seorang peminat

  Lama jugak tak berkongsi pendapat dengan pembaca.-pembaca sekalian. Dengan Piala Dunia kali ini yang baru habis pagi tadi, rata-ra...


 

Lama jugak tak berkongsi pendapat dengan pembaca.-pembaca sekalian. Dengan Piala Dunia kali ini yang baru habis pagi tadi, rata-rata manusia di muka bumi ni sudah tahu siapa pemenangnya kan? Tak kira peminat bola sepak atau tidak, mesti ikut punya perkembangan Piala Dunia ni.


Dengan berlabuhnya tirai piala dunia di Brazil kali ini, kekecewaan jelas terpancar pada pasukan Argentina, yang bermain dengan tiada nafsu pada kaca mata admin. Semua mengharap pada Messi, Messi dan Messi. Ada Messi 11 orang pun Argentina tak akan kuat punya la. Argentina di bawah kendalian Alejandro Sabella kali ini memang SANGAT BERNASIB BAIK sampai ke final. Seriously.



Tapi, sapa-sapa yang sokong Jerman kali ini mesti mempunyai reason yang tersendiri sebab apa Jerman muncul juara. Ada yang cakap Jerman tak penah kalah sepanjang piala dunia 2014 berlangsung (memang betul), ada yang cakap player Jerman kali ini adalah yang terbaik di setiap posisi (itu betul juga). Admin pun ada pendapat sendiri jugak.

Untuk Jerman, admin rasa ada something yang menjadi X-Factor atau Game Changer. Joachim Loew punya player mana ada tak bagus, semua geng-geng perform gila punya dalam kelab masing-masing. Jerman di piala dunia kali ni cipta rekod yang sangat baik. Bagi admin, X-Factor dalam team Jerman mostly adalah reserve player. Reserve player Jerman walaupun tak main 90 minit full tapi bila atas padang, mereka ni adalah paling berbahaya. Andre Schurrle, Mario Gotze, Julian Draxler, player-player ni memang lethal dan bersemangat kalau ada atas padang.


Asyik dengan Jerman ja, jom kita terjah team Brazil pulak. Brazil kali ini agak mendukacitakan JIKA TAK ADA NEYMAR. Brazil pun serupa team Argentina jugak, One Man Team. Nak buat macam mana, semua player rasa tekanan untuk perform. Tambah-tambah jadi penganjur, lagi la rasa beban. Brazil kali ini memang agak hebat sebab boleh sampai ke peringkat separuh akhir dengan 10 player ja setiap game. Sebab apa 10 player setiap game? Sebab setiap game Fred jadi kayu dalam padang, no function. Tak percaya? Cuba download game Brazil. Lebih kurang Giroud dekat Arsenal ja.


Jauh ke Brazil, kita sembang pasal Belanda pulak. Belanda pun boleh dikatakan tak ada luck jugak tapi yang pastinya, percaturan Van Gaal adalah antara yang terbaik yang pernah admin tengok. Kebanyakan star player Belanda dah meningkat ke usia 30-an, seperti Sneijder, Robben dan van Persie dan mungkin piala dunia kali ni antara yang terakhir bagi mereka. Tapi, siapa tau mungkin mereka masih bermain lagi, macam Andrea Pirlo? Yang penting dapat tempat ke-3 pun jadi la. Tibai Brazil 3-0 pulak tu.


Lepas ni, piala dunia 2018 akan diadakan di Russia pulak. Kalau Brazil nak balas dendam dekat Jerman untuk 7 gol tu boleh la training dari sekarang. Lucas Moura, Leandro Damiao, dan Ganso boleh dah target piala dunia ni sebab Fred memang tak akan dapat dah masuk skuad Brazil. Piala dunia kali ni memang menarik, dan tak kurang juga dengan kontroversi.

Semoga kita berjumpa lagi dalam piala dunia 2018 akan datang. Salam Sukan dari  Stylo Sport,


-bergkamp-

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Arbaie,5,Badminton,11,Basikal,1,Berita Merapu,67,Bola Sepak,1,Bundesliga,4,championleague,87,EPL,425,EPLfantasy,14,euro,1,EURO2016,4,FAM,26,harimaumalaya,95,Hoki,5,Iklan,2,info,65,jersi,3,Kedah,2,La Liga,6,Lain,165,Liga Super,9,Liga Super Malaysia,2,Liga super Malaysia 2015,1,Liga super Malaysia 2015 | Pahang | JDT,1,ligasuper,221,Malaysia,210,MotoGP,2,otherleague,194,pialamalaysia,17,ragbi,1,Santai,363,Selangor,1,Seman,20,Serie A,1,StyloAktiviti,3,styoshop,1,Transfer News,104,Trip to London,6,ultras Malaya | Bola Sepak,1,WCQ,2,World Cup 2014,182,
ltr
item
Stylo Sport: Piala Dunia Brazil 2014 dalam kaca mata seorang peminat
Piala Dunia Brazil 2014 dalam kaca mata seorang peminat
http://blogs.democratandchronicle.com/editorial/files/2013/08/MY-OPINION1.jpg
Stylo Sport
http://stylosport.blogspot.com/2014/07/piala-dunia-brazil-2014-dalam-kaca-mata.html
http://stylosport.blogspot.com/
http://stylosport.blogspot.com/
http://stylosport.blogspot.com/2014/07/piala-dunia-brazil-2014-dalam-kaca-mata.html
true
176535665452988984
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy