Tuesday, July 22, 2014

Mohamed Salah tidak perlu menjalani perkhidmatan tentera..



Pemain tengah Chelsea, Mohamed Salah disahkan tidak perlu pulang ke Mesir untuk menjalani perkhidmatan tentera setelah Perdana Menteri Mesir memberi kebenaran untuk Salah bermain dengan Chelsea.

Masa depan Salah sebelum ini dilihat agak kabur setelah Mohamed Salah dikhabarkan perlu pulang ke Mesir untuk menjalani khidmat tentera sebagai salah satu kemestian sebagai rakyat Mesir. Qalau, bagaimanapun, setelah berlangsung pertemuan antara Perdana Mentari Mesir, Ibrahim Mahlab dan juga Menteri Sukan, yang juga pengurus pasukan bola selapk Mesir, Shawky Gharib  membincangkan perkara berkenaan, dan Perdana Menteri memutuskan bahawa Mohamed Salah tidak perlu pulang ke Mesir untuk khidmat tentera.

Keputusan itu dilihat memberi peluang kepada Salah bersama-sama skuad Chelsea ke Austria untuk perlawanan pra musim. Gharib juga menyatakan perasaan terima kasih kepada kerajaan Mesir atas budi bicara melepaskan Salah daripada mengikuti khidmat tentera. Malah ia dilihat satu layanan yang baik demi pembangunan bola sepak Mesir.
Recent Comments Widget