Luis Suarez tidak boleh dipertontonkan secara rasmi oleh Barcelona.
BBC melaporkan bahawa Luis Suarez mungkin tidak dapat dipertontonkan secara rasmi kepada umum oleh Barcelona disebabkan sekatan denda yang dikenakan oleh FIFA kepada Luis Suarez disebabkan mengigit Chiellini.
Disebabkan Suarez dilarang untuk menyertai sebarang perkara berkenaan bola sepak sepanjang 4 bulan, maka proses pengenalan rasmi seperti selalu dipertontonkan oleh Barcelona terhadap pemain-pemain yang baru dibelinya tidak dapat dilakukan seperti biasa.
Ketika FC Barcelona mempersembahkan Neymar, 90,000 peminat Barcelona telah dijemput ke stadium dan perkara yang sama berlaku semasa pengenalan Fabregas, Zlatan, David Villa. Namun, untuk Luis Suarez, ia tidak dapat dilakukan.
![]() |
Neymar semasa dipertontonkan kepada peminat FC Barcelona. |
Labels: otherleague
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home