Monday, June 16, 2014

Wajar contohi penyokong Jepun


Satu sikap yang baik dan wajar di teladani dari penyokong Jepun. Selepas perlawanan  menentang Ivory Coast yang menyaksikan pasukan negara mereka tewas 1 - 2, penyokong Jepun ini di lihat membersihkan stadium tempat mereka duduk.

Umum mengetahui bahawa Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi berbanding negara lain. Walaupun mereka ini bukanlah negara yang mengamalkan islam sebagai agama rasmi, tetapi sikap yang di tunjukkan oleh mereka ini sewajarnya di jadikan teladan dan role model bagi negara yang mengamalkan islam sebagai agama rasmi yang mana kita selalu di ajar bahawa "Kebersihan itu sebahagian dari iman".


Persoalannya sekarang, di mana letakknya apa yang di ajarkan kepada kita itu? Di bandingkan dengan mereka, setiap kali tamatnya perlawanan bola sepak kebiasaannya yang melibatkan pasukan di pantai timur, sebahagian pantai barat dan terbaru pasukan dari selatan tanah air pasti akan keluar di dada-dada akhbar "Penyokong bergaduh" "6 orang penyokong cedera di baling batu" "Bas penyokong di baling batu". 

Malah terdapat juga penyokong yang meninggal dunia akibat bergaduh dan juga di baling objek keras. Siapakah yang patut di persalahkan?

Masihkah kita mahu mempersalahkan pihak atasan? Walaupun tidak semua penyokong bertindak demikian, tetapi kerana nilalah rosak susu sebelanga.

Mampukah kita menjadikan negara Jepun sebagai contoh? Ibarat kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang membawa cogan kata "Pandang ke timur".





Recent Comments Widget