Brazil akan mengusir penyokong Chile yang membuat kekecohan dengan menyerbu masuk ke dalam stadium tanpa tiket semasa perlawanan Chile menentang Sepanyol. Penyokong pasukan Chile ini telah menyerbu masuk ke dalam bilik media untuk menonton secara percuma.
Pihak berkuasa Brazil berjaya menahan 85 orang dan akan mengusir mereka dari Brazil dalam masa 72 jam. Walaupun mereka merempuh masuk ke dalam stadium, namun tiada keganasan berlaku.