Friday, June 13, 2014

Malaysia kalah lagi...


Itulah yang boleh aku katakan. Malaysia kalah lagi diperlawanan untuk tempat ke 11 di Rabobank Hokey World Cup 2014. Kalau nak bercerita Malaysia masuk World Cup Brazil, aku rasa tahun 2054 pun belum pasti, jadi terpaksalah aku berbangga dengan pasukan hoki negara dahulu.

Baru sahaja nak berbangga dengan team hoki negara, tiba-tiba Malaysia tewas lagi. Kali ini dengan jaringan 6-2 kepada Afrika Selatan. Walaupun pada mulanya, jaringan permulaan dijaringkan oleh Malaysia, pada minit ke 26. Tapi korang tahulah selepas itu bagaiman pulak jadinya.

Memang pada asalnya, Malaysia menetapkan untuk berapa dalam kelompom 10 terbaik, tapi apakah daya, hanya mampu berada di tempat ke 12 daripada 12 pasukan tanpa sebarang kemenangan. Kalau ada 24 pasukan, aku rasa tempat 24 jugak kot....

Nak komen lebih-lebih, nanti marah pulak orang sekeliling cakap aku nie tiada semangat kesukanan dan nasionalisme. Tapi kalu dah kalah semua perlawanan, bagaimana nak bersemangat lebih. Moral down bro...

Nasib kuda tua, Lee Chong Wei menang semalam. Ada la sikit semangat nak menaip ini. Itu pun, Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas juga la nak lepas mamat Jerman tue, apa tah nama dier, aku pun tak ingat. Lee Chong Wei menang 21-13 dan 28-26. Tengok score board pun letih. Haih...


Apapun, maju lah sukan untuk negara, walaupun Malaysia kalah lagi.... (hoki jer)

-luis Garcia-
Recent Comments Widget