Thursday, May 8, 2014

Lewandowski menangis di Signal Iduna Park




Sejak akhir-akhri ni, admin asyik bawa berita pasal pemain bola sepak menangis ja. Hari ini pun sama, tapi tangisan ni bukan bermakna terlepas kejuaraan seperti Luis Suarez, tetapi lebih kepada penghormatan terhadap pemain bolasepak.

Robert Lewandowski, nama yang tidak asing dalam kalangan peminat bolasepak yang meminati kelab Borussia Dortmund. Namanya meniti dibibir peminat kerana persembahannya dalam Champion League yang begitu mengkagumkan ketika bertemu Real Madrid. Namun, sudah tiba masanya bagi Lewandowski berpindah, dan Bayern Munich menjadi destinasinya selepas ini.

Lewandowski leaves Dortmund a hero on weekend of long goodbyesBorussia Dortmund terpaksa menyimpan kesedihan ini, dengan kehilangan key player seperti Mario Gotze (Bayern), Shinji Kagawa (Manchester United) dan kini Robert Lewandowski. Walaupun meninggalkan Dortmund dengan percuma (tanpa yuran perpindahan), namun jasanya di Signal Iduna Park sentiasa dikenang oleh peminat bolasepak di sana.



Lewandowski, yang tiba di Borussia Dortmund pada 2010 dari Lech Poznan memang tidak diketahui kebolehannya. Siapa peminat bolasepak yang mengenalinya pada masa itu? Admin pun tak kenal Lewandowski. Admin kenal Gotze dahulu sebelum Lewandowski. Ketika itu jentera serangan Dortmund diketuai oleh Lucas Barrios sebagai striker utama, dan memang sukar bagi Lewandowski untuk menggugat La Pantera yang dalam top form ketika itu. Selepas Lucas Barrios berpindah, itu lah saat baginya untuk menyerlah dan ternyata, Lewandowski memang dapat membuktikan yang dia juga bagus, malah lebih bagus dari Lucas Barrios.

Walaupun berpindah ke kelab seteru utama Bayern Munich, namun Lewandowski tetap diberikan tepukan gemuruh oleh seluruh peminat Dortmund. Dengan bunga dan gambar kenangan sebagai hadiah terakhir, penyerang berbisa ini ternyata terharu dengan semangat dan support dari penyokong.

Walaupun begitu, beginilah nasib Borussia Dortmund. Selepas Mario Gotze, Shinji Kagawa, dan kini, Robert Lewandowski pergi meninggalkan Dortmund. Admin kasihan pada Marco Reus, sebab seorang demi seorang rakannya berpindah. Mungkinkah Reus akan turut berpindah? Yang admin pasti, jika Reus pun pindah, maka harganya memang akan mencanak naik selepas World Cup. Kepada kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan Reus, beli siap-siap sebelum World Cup. Hehe~


-bergkamp-



Recent Comments Widget