Italian Football sememangnya menarik tetapi menakutkan

Final Italian Cup diantara Fiorentina dan Napoli sememangnya ditunggu-tunggu peminat bolasepak Itali. Final yang cukup mendebarkan. Dengan kedua-dua pasukan bersedia untuk mempertaruhkan segala-galanya untuk menjulang piala berprestij di Itali ini. Mereka turun dengan skuad terbaik dan dengan keazaman yang tinggi.
Tidak lupa juga dengan para penyokong kedua-dua pasukan. Ultras mereka masing-masing memainkan peranan meniup semangat pemain. Sebelum perlawanan bermula lagi mereka sudah memenuhkan bangku Stadio Olympico. Malangnya, ultras yang datang ke stadium ini dikatakan bukan sebagai penyokong, tetapi lebih kepada untuk menimbulkan huru-hara.

Perlawanan yang menarik ini terpaksa ditangguhkan selama 45 minit akibat kejadian ini. Yang paling menarik, Marek Hamsik dengan beraninya turun ke padang dan bercakap sendiri dengan supporters Napoli untuk mengetahui keadaan yang berlaku di luar stadium. Selepas keadaan disahkan reda dan kembali terkawal, perlawanan dimulakan walaupun lewat dari masa sebenar.

Keputusan akhir pula memihak kepada Napoli dengan jaring 3-1. Jaringan Napoli dihasilkan oleh Lorenzo Insigne (2 goal) dan Dries Merten pada minit-minit terakhir perlawanan, manakala goal dari Fiorentina pula dijaringkan oleh Juan Manuel Vargas.

![]() |
Napoli meraikan kejayaan di bawah kendalian Rafa Benitez
-bergkamp-
|
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home