Saturday, April 26, 2014

Tito Vilanova meninggal dunia akhibat kanser tekak.

Dunia bola speak semalam dikejutkan dengan kematian bekas pengurus FC Barcelona, Tito Vilanova akibat kanser tekak. Memang sehari dua sebelum ini pun aku dah dengar yang keadaan beliau tidak begitu
memberangsangkan.
Dan semalam, melalui twitter rasmi kelab Barcelona mengumumkan bahawa Tito Vilanova menghembuskan nafasnya yang terakhir akhibat barah tekak pads usia 45 tahun.

Tito memang terkenal kerana pernah bekerja bersama Pep Guardiola di Barcelona. Malah setelah Pep meninggalkan Barcelona, Tito mengambil tempat Pep dan berjaya mengondol piala Cops Del ray do Sepanyol. Tetapi jodoh Tito dengan Barcelona tidak lama.

Tito kemudiam meletakkan jawatan sebagai pengurus disebabkan ingin menumpukan rawatan terhadap penyakit barahnya dengan kimoterapi dan juga radioterapi.
Recent Comments Widget