Friday, April 25, 2014

Pemain muda Chelsea, Lewis dan Marco bakal menggegar Liverpool Ahad ini.


Korang tengok Lewis Baker menentang Arsenal. Power giler. Aku puntak sangka Chelsea mempunyai bintang muda seperti ini. Tak banyak maklumat aku aku dapat di internet berkenaan mamat yang bernama Lewis Baker nie.


Baru sahaja berumur 18 tahun. Kalau beginilah bakat-bakat muda yang ada di Chelsea, maknanya perlawanan menentang Liverpool pada Ahad nie mungkin menjadi menanda aras yang baik kepada bakat-bakat muda ini. Selain dapat menimpa pengalaman menentang pasukan yang kuat, Liverpool, mereka juga dapat menunjukkan kehebatan kepada pegurus Chelsea, Jose Mourinho. Silap-silap haribulan, Torres, Ba mahupun Eto'o tak boleh cari makan.

Dan beberapa pemain lain yang mungkin dalam perhatian, Marco Van Ginkel. Yang bestnya, dia pun menjaringkan gol sebijik sama macam Lewis Baker score tadi, tapi semasa dia bermain untuk kelab Vitesse FC di Belanda.

Adakah ini bermakna Liverpool akan menghadapi masalah pada hari Ahad ini? Kita tunggu lah Ahad nie yer...


Tiba-tiba aku terfikir. Kenapa Mourinho tidak menggunakan pemain-pemain ini dalam permainan Chelsea? Bagi aku kalau faktor umur, Lewis dah berumur 18 tahun manakala Marco Van Ginkel dah berumur 21 tahun. Kalau nak dibandingkan umur Raheem Sterling, tak la jauh beza sangat kan. Malah kedua-dua pemain tersebut pernah bermain di peringkat antarabangsa lagi.

Erm... Apapun, itu semua pendapat aku sahaja..

hehehehhe.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget