Monday, April 7, 2014

Saya berhak bersuara - Ahmad Said

Episod samarinda antara Ahmad Said dan FAM kini memasuki fasa bercengkerama di media. Bila aku baca dekat Utusan, aku berasa ada betulnya apa yang Ahmad Said cakapkan. FAM nie katanya berdemokrasi, tapi tak boleh dikirtik. Menatang apa demokrasi macam tue kan..

Aku tak tau la pulak kalau isu-isu nie memang sengaja digembar-gemburkan semata-mata menjelang pemilihan 25 Mei nie. Tapi yang nyata, FAM perlu berubah. Kalau tak, mesti kecoh lagi kat stadium-stadium sebab berasap, Ultras Malaya buat lawak.

Apapun cer tengok apa yang Ahmad Said cakapkan kepada Utusan semalam. Well said Ahmad Said (nie 1st time aku puji abam Id)

Hehhehehe...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, beliau berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan insiden `terowong' seperti mana diputuskan jawatankuasa itu tempoh hari.
Ahmad berkata, walaupun bukan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), sebagai ketua kerajaan, beliau tidak bleh berdiam diri demi pembangunan sukan bola sepak negeri dan negara.
Ini kerana, jelasnya, kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan bagi menanggung keperluan pengurusan persatuan dan pemain bola sepak di Terengganu.
"Yang tanggung belanja pasukan bola sepak negeri adalah kerajaan negeri. Jadi bila kerajaan negeri keluar belanja, saya bertindak bagi pihak kerajaan dan adakah saya tak berhak berkata-kata.
"Adakah FAM mampu beri sumbangan mencukupi kepada persatuan bola sepak negeri. Apakah demokrasi diamalkan FAM sampai orang tak boleh tegur. FAM juga milik rakyat Malaysia, apa yang saya buat ini adalah hak rakyat dan ramai nak tahu apa perkembangan dan kebaikan.
"Ini yang tegur tak boleh dan apa pun tak boleh, bukan ­eksklusif dia pun. Kalau tak nak orang tegur, jadi macam inilah bola sepak Malaysia, masih terkial-kial lagi berbanding Korea dan Jepun yang pernah setaraf dengan kita dulu," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu pada sidang akhbar selepas me­lancarkan program Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.
Ahmad diminta mengulas ke­nyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd. Razak Khamis lalu yang mempertikaikan hak Menteri Besar Terengganu itu untuk menyuruhnya meletakkan jawatan.
Menurutnya, Ahmad tiada kena mengena dalam bola sepak dan bukan Presiden PBNST serta tidak berhak menyuruhnya meletak jawatan.
Ahmad sebelum itu dengan lantang mendesak Taufek agar berundur atau meletakkan jawatan kerana dikatakan takut membuat keputusan berhubung insiden 'terowong Larkin'.
Ahmad seterusnya berkata, beliau tetap tidak berganjak daripada kenyataan awalnya tempoh hari dan masih mempersoalkan kredibi­liti jawatankuasa berkenaan dalam membuat keputusan berhubung isu tersebut.
"Sekarang kenyataannya bercanggah, dulu dia kata bukan alasan keselamatan sebab berdasarkan peruntukan perkara 16 undang-undang FAM, iaitu memutuskan perlawanan oleh pengadil atau komersioner pertandingan apabila masalah berlaku dalam padang.
"Tapi ini (insiden terowong) berlaku di luar padang, pengadil perlawanan dan komisioner tak ada ketika itu, sebab itulah saya sebut dulu, takkan kita bodoh sangat nak tarik diri," katanya.
Menurutnya, beliau mengeluarkan kenyataannya sebelum ini adalah setelah mendapat laporan lengkap daripada pihak pengurusan T-Team mengenai apa yang berlaku di Larkin.
Beliau seterusnya menyerahkan kepada FAM untuk membuat keputusan selanjutnya tetapi rakyat akan menilai atas keputusan yang dibuat itu.
"Kita serah kepada FAM buat keputusan dan rakyat akan menilai, sekarang baru dia orang bising, mentang-mentang saya tak tahu.
"Kalau saya pegang jawatan, saya tak boleh bercakap, kena pecat dan gantung pula.
"Sebab itulah saya duduk di luar (bukan Presiden PBSNT), senang dan boleh bercakap, takkan nak pecat dan gantung saya.
"Bila orang cakap tak boleh dan tak ada hak, (sedangkan) rakyat ada hak," ujarnya lagi.

-luis Garcia-

Recent Comments Widget