Tuesday, March 25, 2014

Takziah untuk #MH370 dari Stylo Sport dan krew..


Semenjak semalam hingga saat ini, berita tentang pesawat #MH370 dilihat begitu menyedihkan. Kami di Stylo Sport turut sama berkongsi kesedihan yang menimpa #MH370. Walaupun perit dan pedih untuk menerima berita ini, tetapi sebagai insan, kita haruslah percaya pada Qada' dan Qadar dari Sang Pencipta.

Bersama kita doakan mereka yang telah pergi. Bersama juga kita doakan agar kotak hitam di temukan agar kita tahu punca sebenar yang berlaku. Kita juga harus berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha. Dan juga seluruh rakyat Malaysia yang banyak mendoakan.

#prayforMH370

-Stylo Sport and crews-
Recent Comments Widget