Friday, March 21, 2014

Spurs membazir £110 juta untuk pemain yang salah - Glenn Hoddle

Glenn Hoddle, lagenda Spurs
Glenn Hoddle mendakwa  Tottenham telahpun membazir £110 juta hasil daripada perpindahan Gareth Bale dengan membeli pemain yang salah. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan penyingkiran Spurs oleh kelab Benfica.


"Spurs telah berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain yang baik tetapi tidak begitu hebat." kata Hoddle. Ini berikutan persembahan buruk Spurs daam perlawanan semalam dengan agregat 5-3. Hoddle juga tidak berpuas hari dengan cara pembelian seperti Roberto Saldado (£26 juta), Erik Lamela (£30 juta) yang tidak membuahkan hasil.


 Hoddle berkata: "Tottenham telah membelanjakan £110jutau ntuk menggantikan Gareth Bale dan Tom Huddlestone dengan pemain yang salah. Ini seolah-olah emperlihatkan bahawa dengan membeli pemain baru tidak menjamin bukan jawapan yang betul untuk kelab maju kehadapan."

Roberto Saldado bernilai £26 juta
Erik Lamela bernilai £30 Juta

"Kelab memerlukan strategi dan stabiliti dalam membina skuad. Tapi buat masa sekarang, Spurs seolah-olah tercari-cari rentak dan gaya yang sesuai dan ini menadakan Spurs kurang visi untuk maju."

Pemain-pemain yang dibeli pada musim perpindahan yang lalu. Dari kiri Paulinho, Christian Eriksen, Roberto Soldado, Nacer Chadli, Etienne Capoue, Vlad Chiriches and Erik Lamela


-luis Garcia-

Recent Comments Widget