Sungguhpun kami mengulas tentang sukan bolasepak seantero dunia, namun kami tidak lupa mengingatkan pembaca-pembaca sekalian mengenai peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 ini.
Pesawat MAS MH370 adalah dalam perjalanan ke Beijing pada pukul 12.41 pagi dan dijangka mendarat pada pukul 6.30 pagi dengan membawa penumpang seramai 227 orang dan krew seramai 12 orang. Namun pesawat berkenaan gagal dikesan dan menimbulkan tanda tanya dan spekulasi mengenai status pesawat tersebut.
Jalan pesawat ke Beijing |
Setakat yang kami tahu, Malaysia Airlines masih lagi tak dapat berhubung atau mengesan di mana dan bagaimana keadaan pesawat MH370. Pada mulanya Astro Awani menyiarkan berita bahawa pesawat MH370 telah terhempas tetapi Astro Awani telah menarik balik berita tersebut kerana ketidaksahihan serta tiada bukti yang mengatakan pesawat tersebut telah terhempas.
Terdapat juga khabar berita yang mengatakan bahawa pesawat MH370 ini telah membuat pendaratan cemas di Nanming, China awal pagi tadi tetapi ia juga tidak dapat dibuktikan sahih dan tidak tepat.
Pendek kata, kesemua berita yang diterima masih tiada bukti setakat pukul 5.00 petang ini. Namun kesemua nama dan krew pesawat tersebut adalah disahkan betul.
Add caption |
Terdapat juga tweet daripada Yahoo Singapura yang mengatakan bahawa pasukam Navy Vietnam telah menjumpai pesawat tersebut yang terhempas di laut.
Gambar-gambar lain:
Malaysia Airlines (MAS) dilabel MERAH selepas berita tentang kehilangan pesawat tersebut disiarkan |
Malaysian Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya(tengah) bersama staf-staff yang lain membuat pengumuman tentang kehilangan pesawat MH370 dalam press conference |
Troll football juga menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu ini:
Sumber berita dan gambar:
themalaysianinsider.com
aljazeera.com
tengoktvonline.blogspot.com
nydailynews.com
Troll football fb
-bergkamp-
Like
s