Saturday, March 8, 2014

Tom Cleverly tak layak ke Piala Dunia?



Agak tidak normal bagi peminat bolasepak England dan seantero dunia apabila Roy Hodgson menyenaraikan Tom Cleverly ke dalam skuad England. Tom Cleverly dikatakan tidak begitu menyerlah dan tidak bagus untuk bermain bersama England.

Pada hari Jumaat lalu sebanyak 17,441 orang membuat petisyen secara online dengan membantah penyertaan Tom Cleverly ke dalam skuad England ke Piala Dunia.




Petisyen tersebut dibuat oleh Glenn McConnell dari Blackpool itu mendapat sokongan yang agak memberangsangkan daripada peminat bolasepak England.

Pada pendapat admin ramai lagi player yang lebih bagus dari Cleverly ni. Peminat bolasepak England bukan buta, diorang tau yang Cleverly ni tak menyerlah sangat dalam Manchester United. Buktinya? Tengok average rating setiap game bila Cleverly main. Hanya 6.85 setakat ini.

Apa yang Roy Hodgson nampak pada Cleverly mungkin orang lain tak nampak, tapi petisyen tersebut adalah bukti yang Cleverly tak layak untuk skuad Piala Dunia.

-bergkamp-



Recent Comments Widget