Persengketaan sepanjang abad antara pengurus EPL dalam merebut kejuaraan.
6. Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson - 2004/05
Persengketaan Arsene Wenger dan Alex Ferguson datang ke kemuncaknya dalam kempen 2004/05, dengan Arsenal dan Manchester United bersaing untuk menjadi juara. Tanpa disangka-sangka Jose Mourinho telah membimbing Chelsea merangkul kejuaraan.
Pergaduhan mulut antara Wenger dan Ferguson terjadi dimana Wenger melebel Man United sebagai "menipu", manakala Fergie bertindak balas dengan memanggil Gunners "orang yang kalah sepanjang masa". Pergaduhan ini berlaku selepas United memecahkan rekod tanpa kalah Arsenal di Old Trafford pada bulan Oktober 2004.
5. Sir Alex Ferguson and Roberto Mancini - 2012/13
Sir Alex Ferguson pada mulanya tertawa apabila jiran mereka Manchester City bersaing untuk merangkul gelaran Liga Perdana, tetapi berikutan kekalahan 6-1 dikaki Citizen di Old Trafford, maka kedua-dua kelab ini terus bermusuhan. Mancini berjaya merangkul kejuaraan pada saat-saat akhir musim, tetapi Fergie membalas dendam pada tahun berikutnya.
4. Arsene Wenger and Sir Alex Ferguson - 1996/97
Persengketaan terbaik dalam sejarah Liga Perdana, tetapi kali ini ia adalah dari musim 1996/97, di mana Arsene Wenger cuba memecahkan penguasaan Manchester United selepas menyertai Gunners berada di takhta liga.
Dengan ketibaan Wenger ke England, kedudukan Fergie agak tergugat. Sir Alex memanggil Wenger "orang baru" yang "perlu memberi pendapat kepada bola sepak Jepun". United berjaya menjuarai liga dengan kelebihan 7 mata. Walau bagaimanapun, setahun kemudian Wenger telah mencapai misinya, memengangi mahkota Liga Perdana buat pertama kali.
3. Jose Mourinho and Arsene Wenger - 2005/06
2. Rafa Benitez and Sir Alex Ferguson - 2008/09
Liverpool menjadi cabaran paling besar kepada United dalam kempen 2008/09 dan Fergie berniat untuk memenangi perang media di atas pengurus Reds pada masa itu, Rafa Benitez.
Rafa Benitez telah mengeluarkan kata-kata kasar selama 15 minit tentang Red Devils dan Fergie. Benitez dipercayai berada di bawah tekanan dan walaupun menang 4-1 di Old Trafford musim tersebut, Reds gagal memenangi EPL.
1. Sir Alex Ferguson and Kevin Keegan - 1995/96
Persengketaan klasik antara Manchester United, Alex Ferguson dan Newcastle United, Kevin Keegan pada musim 1995/96. Fergie ketinggalan 12 mata dari bulan Januari dan persaingan menjadi hangat.
Sebelum pertembungan antara kedua-dua belah pihak, Keegan mengeluarkan komen "Saya akan senang jika kita mengalahkan mereka". Bagaimanapun, United memenangi perlawanan ini dan seterusnya memenangi EPL pada tahun itu.