Pasukan T-Team mampu bangkit semula untuk membaiki kedudukannya dalam Liga Super setelah berada di tangga tercorot setakat ini. Jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah yakin anak-anak buahnya mampu memantapkan pasukan itu mulai Mac ini dengan latihan dan perlawanan persahabatan.
"Dalam masa tiga minggu masa rehat liga, kita akan manfaatkan sepenuhnya latihan untuk memantapkan pasukan sekali gus memperbaiki kedudukan liga.
"Kita juga akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan selain berkunjung ke Indonesia menentang dua pasukan," katanya.
Menurutnya dalam lima perlawanan sebelum ini, pasukannya telah bertemu lima pasukan terbaik liga yang menyaksikan nasib tidak menyebelahi pasukan mereka. Dalam pada itu, Mohd Azraai berkata T-Team juga mahu mencari pemain sayap tempatan bagi mengukuhkan pasukan bimbangannya. Ditanya mengenai pemain import, beliau lega kerana kesemua pemain itu bebas kecederaan namun menegaskan bahawa tindakan akan diambil jika prestasi mereka tidak memuaskan.
sumber: Astro Arena
sumber: Astro Arena
No comments:
Post a Comment