Monday, February 24, 2014

Liverpool Menang Nasib. Review : Liverpool 4-3 Swansea

Bagi aku, Kalau Swansea memang, memang patut mereka menang sebab permainan Liverpool sangat-sangat membimbangkan terutamannya pertahanan. Walaupun kita ada pertahanan yang baik, Toure dan Sahko, tapi Rodger memilih untuk Agger bergandingan dengan Skatel dibahagian tengah. Dan hasilnya, Skatel membuat 2 kesilapan bodoh dan Agger tak dapat menandingi Bony, penyerang Swansea.


Gol kemenangan dihasilkan Henderson pada minit ke 74 yang. Nasib baik Vorm tidak dapat menangkap kemas bola hasil cubaan Suarez kalau tidak, Liverpool mungkin seri semalam.

Aku sebenarnya malas nak ulas panjang-panjang sebab menang. Kalau kalah, sedap sikit ulas. Sedap sikit kutuk. Hahahhaha

Apapun aku bagi ranting pemain-pemain semalam.
  • Mignolet 7 - Nampak masih gugup walaupun reflex yang baik.
  • Johnson 6 - Masih belum titahap prestasi sebenar. Banyak kehilangan bola.
  • Skrtel 4 - Aku tak faham dengan makhluk yang bernama Skatel nie. kekadang hebat gila. tapi semalam main macam hampas.
  • Agger 6 - Dilihat seringkali dikalahkan Bony. Bukan Agger yng aku tahu.
  • Flanagan 5- Persembahan tahap sederhana sahaja.
  • Gerrard 6 - Persembahan yang kurang memberangsangkan, tapi dihujung-hujung perlawanan, Gerrad lebih banyak menyerang daripada merada diposisi tengah.
  • Henderson 7 - Dua gol.
  • Coutinho 5- Permainan tidak memberangsangkan. Kurang hantaran-hantaran yang baik.
  • Sterling 6 -Agak baik, tetapi Rodger melihat sebaliknya.
  • Suarez 6 - Kurang sokongan daripada Continho dan Sterling. Kelihatan tercari-cari gol
  • Sturridge 8 - man of the match.
  • Allen 8 -Aggressive dan banyak hantaran-hantaran yang baik dari Allen.
  • Toure 6- Menggantikan Agger untuk menandingi Bony.
  • Moses 5 - Dia nie kalau tak masuk pun tak apa.
Video highlight game tersebut boleh tengok dekat sini

-luis Garcia-

No comments: