Celia Kay sumber inspirasi Giroud?
Walaupun dihujani pelbagai tohmahan dan cacian terhadap prestasi hambarnya selepas tahun baru, Oliver Giroud berjaya membuktikan dirinya masih berbisa dengan menjaringkan 2 gol dan satu hantaran gol untuk memastikan Arsenal menang 4-1 terhadap Sunderland dalam bersaing untuk gelaran juara liga.
Oliver Giroud yang sebelum ini dikaitkan dengan model Celia Kay ini ternyata membalas kembali kepercayaan Arsene Wenger setelah diketepikan selama 2 minggu ekoran kemerosotan prestasi.
Walaupun dihujani media dengan berita mengenai hubungannya bersama Celia Kay, Giroud ternyata masih mampu untuk mengetepikan soal peribadi dan fokus terhadap perlawanan.
Terdapat juga persoalan yang bermain dalam fikiran peminat bahawa Celia Kay menjadi inspirasi Giroud untuk tampil dalam prestasi terbaik. Namun ia hanyalah spekulasi dan tiada sebarang berita mengenai perkara tersebut.
-sumbet gambar bbc-
-admin Bergkamp-
Labels: EPL
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home