Friday, February 21, 2014
Tiada seorang pun mati sebab berlatih, kata Felix Magath, pengurus Fulham.
Felix Magath berasa lawak dan sakit hati apabila orang mempertikaikan gaya dan cara kpengurusan dan kejurulatihan beliau dalam pasukan. Ini mungkin disebabkan cara beliau yang amat mementingkan displin. Malah Magath juga digelar 'Diktator Terakhir di Eropah' kerana seringkali memeras keringat pemain-pemainnya tanpa belas ehsan.
"Kenapa perlu saya menukar cara latihan saya?" balas Magath. "Buat masa sekarang, saya merupakan antara jurulatih terbaik Jerman. Jadi, kenapa perlu saya menukar cara latihan saya. Tolong beritahu saya. Sehingga sekarang, kesemua pemain-pemain yang menjalani latihan saya hidup. Tiada seorang pun yang mati."
"Kamu boleh tanya Raul (penyerang Shalke 04 dan bekas penyerang Real Madrid) berkenaan latihan saya. Jangan pula tanya mereka yang tidak bermain dengan pasukan saya. Apabila kamu bertanya kepada mereka, kamu akan mendapat jawapan yang batul. Saya seorang yang baik, bukan seorang yang bengis."
Magath sememangnya terkenal dengan gaya pengurusan dan susun atur pasukan sehingga pernah membawa Wolfsburg menerajui Bundesliga 2008-2009.
"Di Jerman, saya telah berjaya mengumpulkan pasukan terbaik untuk Wolfsburg dan banyak jaringan gol dihasilkan. Saya ada Grafite - penjaring terbanyak Bundesliga dengan 28 gol. Saya ada Edin Dzeko, penjaring kedua terbanyak dengan 26 gol. Kemudian saya ada Zvjezdan Misimovic yang pemain yang banyak melorongkan bola untuk jaringan gol (20 lorongan). Semenangnya saya amat gemar bermain taktik meyerang untuk pasukan saya."