Tuesday, February 24, 2015

Liverpool bangkit dipertengahan musim...


Bekas pertahanan Liverpool, Mark Lawrenson berpendapat Liverpool kini telah bangkit setelah berjaya menewaskan Southampton pada pertemuan Ahad lalu dengan 2 gol tanpa balas. Ini menunjukkan Liverpool kini bersedia untuk bersaing untuk tempat ke 4 liga.

Ramai orang berpendapat yang pada musim ini, Liverpool akan menampilkan corak permainan menyerang pad musim ini namun apa yang berlaku sebenarnya adalah pertahanan Liverpool yang lebih banyak menunjukkan revolusi atau perubahan yang ketara. Dan dengan perubahan ini, yang banyak menyumbangkan perubahan dan bentuk permainan Liverpool masa kini.

Dengan formasi 3-4-2-1, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dilihat akan terus mengekalkan formasi ini kerana dengan bentuk pertahanan ini, adalah sangat bersesuaian dengan formasi serangan pantas atau counter attack.


Liverpool bukan sahaja menerapkan mentaliti pertahanan, tetapi ia memberi dimensi baru kepada pasukan untuk memenangi setiap perlawanan. Malah jika dibandingkan dengan musim yang lalu, kebanyakkan taktik permainan lebih kepada mentaliti serangan, hasilnya, banyak gol dihasilkan, namun banyak juga bolos.

Tetapi pada perlawanan menentang Southampton pada hari Ahad yang lalu, permainan Liverpool tidak hanya sekadar untuk menyerang semata-mata. Malah kalau dilihat daripada statistiknya, Liverpool hanya mempunyai satu cubangan ke gol lawan setelah perlawanan berlangsung selama 70 minit.

Dengan kemenangan 2-0 ke atas Southampton yang lalu, ini bermakna pasukan Liverpool telah tidak bolos selama 6 perlawanan dalam 10 perlawanan tanpa kalah. Dan mesej Rodger sangat jelas, mata untuk setiap pelawanan adalah penting bagi Rodgers. Dan dia boleh mengharapkan pertahanan Liverpool untuk membantunya dalam meraih mata perlawanan.



Kadangkala, sukan bola sepak ini sangat susah untuk difahami.. Setelah membayar £20juta untuk pertahanan Dejan Lovren, Liverpool dilihat sangat menagih pengalaman dan mengharapkan Lovren menjadi pertahanan yang kental dan membantu Liverpool secara total. Namun, apa yang diharapkan tidak kesampaian.

Rodgers cuba untuk bermain 4 pertahanan dimana Lovren dilihat menjadi pertahanan tengah, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan lalu Rodger cuba untuk bermain hanya menggunakan 3 pertahanan di mana Emre Can diberi kepercayaan untuk membantu Skrtel.

Apa yang menarik mengenai Can adalah keupayaan beliau membuat hantaran-hantaran dan kebolehan beliau berada dalam posisi pertahanan walaupun pada hakikatnya, posisi asal Emre Can adalah ditengah padang. Dan dengan keupayaan ini, banyak membantu pasukannya dalam membuat gerakan-gerakan dan hantaran-hantaran dalam membantu barisan tengah dan serangan.


Selain Emre Can, Jordon Ibe juga memainkan peranan yang agak menarik. Kalau dilihat daripada posisi asal Ibe, mentaliti beliau lebih kepada menyerang. Namun, dengan posisi Ibe dibahagian kanan dilihat lebih kepada bertahan.

Ibe dilihat sangat memahami posisi beliau dalam pasukan, walaupun dalam posisi bertahan, namun kebolehan beliau untuk menyerang sangat-sangat ditagih pasukan. Laju dan pantas, beliau boleh kembali dalam posisi bertahan apabila Liverpool diserang. Posisi yang jarang digunakan oleh mana-mana pasukan, namun Ibe dapat menyesuaikan perubahan yang diterapkan Rodgers. Sama seperti Lazar Markovic mahupun Alberto Moreno, pantas dalam menyerang dan boleh bertahan dengan baik apabila diserang lawan.


Kini, Liverpool di tempat ke 6 liga. Hanya berbeza 2 mata untuk tempat ke 4 dan 10 mata untuk tempat ke 2 liga. Dengan momentum permainan Liverpool sebegini rupa, tidak mustahil, tempat 3 atau ke 4 liga dapat dikejar, secara rasionalnya..



sumber: BBC


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget