Bagi aku, agak pelik kerana kebolehan dan kewibawaan OKS sangat-sangat diketahui umum dalam membentuk pasukan remaja, dan kini pasukan tersebut telah diambil alih oleh bekas jurulatih KL, Razip Ismail, yang sebelum ini mengemudi Harimau Muda B. Dan apa yang aku faham, OKS kini hanya bertanggungjawab untuk membentuk pasukan dalam menghadapi Sukan Sea di Singapura nanti (June 2015).
Razip Ismail |
So, apa masalahnya nie? OKS dan Razip ada pasukan masing-masing kan? Dan di sinilah aku tengok kecelaruan berlaku. Aku pun tak faham, apa masalah FAM nie sebenarnya. Kalau korang nak tahu, OKS sekarang adalah jurulatih tanpa pemain tau. Jurulatih yang hanya bermatlamat untuk ke Sukan Sea sahaja. Jurulatih yang hanya punya masa lebih kurang 5 bulan lebih sahaja untuk membentuk pasukan, dan jurulatih yang masih terkial-kial untuk memantapkan pasukan yang mana pasukan tersebut tak wujud lagipun.
FAM memang gila..
Aku sebenarnya tak la mahu mempersoalkan tindakan yang menjadikan Razip sebagai jurulatih pasukan Harimau Muda, kerana kebolehan beliau boleh dipertikaikan. Tercorot dalam liga Singapura, malah kita di Kuala Lumpur pun, pencapaian beliau tidaklah begitu memberangsangkan. Tapi naik pangkat... Hebat bukan..
Haih...
Aku malas nak komen lebih-lebih. Aku nak tengok, apa akan berlaku selepas ini. Aku nak tengok bagaimana OKS membentuk pasukan untuk Sukan Sea. Dengan Liga Malaysia dah nak start, agak-agak, pasukan negeri nak lepas ka pemainya untuk ke sukan Sea? Yang lebih menarik, bagaimana Razip membawa pasukan Harimau Muda dalan Kejohanan Kelayakan AFC bawah 23 tahun. hehehehhe... Lepas tue, kita tengok, nak puji ka nak maki...
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit