Thursday, January 22, 2015

Lucut jawatan Rashid Sidek, lepastu lantik semula. BAM bangang...


Tidak sampai sebulan selepas melucutkan Rashid Sidek daripada jawatan Ketua Jurulatih, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pusingan U dengan kembali memberi tugas tersebut kepada bekas jaguh perseorangan negara itu.

Sebelum ini BAM, secara diam-diam membuat keputusan melantik jurulatih baharu dari China, He Guoquan menggantikan tempat Rashid, manakala jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan menjadi ketua jurulatih beregu yang baharu.

Tindakan yang dibuat sebelum ini nyata bercanggah dengan pendirian mereka yang menyatakan, sebarang keputusan melibatkan jurulatih hanya akan diputuskan selepas Pengarah Teknikal baharu, Morten Frost Hansen melaporkan diri pada 2 Mac ini.
Advertisement

Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu, mesyuarat majlis BAM yang berlangsung di Kuching, Sabtu lalu memutuskan untuk mengekalkan struktur kejurulatihan sedia ada sehingga legenda badminton Denmark itu melaporkan diri.

“Berdasarkan kepada mesyuarat yang berlangsung, kami juga me­minta penjelasan berhubung isu yang berlaku ini dan selepas mendapat penjelasan sewajarnya, kami bersetuju untuk mengekalkan status quo.

“Frost hanya akan datang pada Mac ini, jadi dari Disember hingga Mac, status quo akan digunakan.

“Jadi, berdasarkan keputusan yang dibuat, segala-galanya akan kekal seperti sebelum ini.

“Jadi pihak pentadbiran perlu memaklumkan perkara ini (kepada Rashid) dan menguruskannya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat majlis,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Difahamkan sebelum ini, tiada jurulatih sanggup menggalas tanggungjawab Rashid apabila Guoquan menolak tawaran dengan alasan dia sebelum ini hanya diarah untuk melatih pemain pelapis dan bukan pemain elit.

Jawatan itu kemudian ditawarkan kepada bekas juara dunia, Hendrawan namun jurulatih kelahiran Indonesia itu turut menolak tawaran berkenaan.

Sementara itu, Rashid memberitahu, dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya tahu perkara ini pun daripada akhbar sahaja, sampai sekarang masih belum ada mana-mana pegawai BAM memberitahu saya mengenainya,” katanya.

-UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget