Sunday, January 4, 2015

JDT akan pelopori penggunaan marshal perlawanan


gambar hiasan

Tahniah buat peminat JDT dan tahniah TMJ dan keseluruhan tenaga kerja JDT. Demi memastikan peminat berasa selamat dan terhindar dari gejala hooligan, satu pembaharuan akan di buat di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan, mulai musim yang akan datang. Langkah ini diambil kerana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai. Seramai 1000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.

Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri.
Peranan marshal yang bertugas adalah untuk memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat. Diharapkan dengan adanya langkah sebegini, akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bolasepak.

~johor southern tigers~

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget