Wednesday, December 17, 2014

Tiket online masih lagi dijual..


Tiket perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil masih dijual dalam talian hingga 6 petang Rabu, kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Memandangkan sambutan jualan atas talian amat menggalakkan, kita memutuskan untuk meneruskan jualan secara dalam talian sehingga 6 petang esok," kata Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM Datuk S.Sivasundram.

Sejumlah 27,000 tiket telah terjual, iaitu melebihi kuota asal 20,000 tiket yang ditetapkan untuk jualan dalam talian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM di Stadium Bukit Jalil di sini Selasa.

Jualan tiket dalam talian mula dijual pada 9 pagi, 14 Dis lepas menerusi www.tickethotline.com.my.

Katanya, penonton boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 pagi hingga 7 petang Rabu manakala kaunter penjualan tiket akan mula dibuka pada Khamis, 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula pada 8 malam 20 Dis ini.

FAM turut menjangkakan kehadiran antara 5,000 hingga 6,000 penyokong Thailand membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan Gajah Putih itu.

"FAM telah memperuntukkan 2,500 tiket seperti yang diminta oleh Persatuan Bola Sepak Thailand, tapi kita menjangkakan sambutan bertambah daripada penyokong Thailand yang berada di sini," katanya.

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pukul 8 Rabu malam.



-- BERNAMA

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget