Tuesday, December 9, 2014

Halang puak 'hooligans' masuk stadium hanya retorik semata-mata.


Media semalam dan media hari ini masih lagi berceritakan mengenai kekasaran dan kekecohan yang berlaku pada perlawanan Malaysia dan Vietnam. Banyak komen-komen dan pendapat-pendapat positif yang kita dengar. Dan hampir kesemuanya mengutuk tindakan 'hooligans' Malaysia tersebut. Malah kami di Stylo Sport juga mengutuk kekecohan 'hooligans' cap ayam tersebut.


Dalam masa yang sama, ada yang menyarankan puak-puak 'hooligans' ini diharamkan daripada memasuki stadium. Tiba-tiba aku terfikir, bagaimana agaknya nak menghalang mereka ini (hooligans) daripada memasuki stadium. Idea menarik, tapi tak praktikal, pada mendapat aku. Soalannya, macam mana korang nak buat sekatan-sekatan tersebut?

Haih...

Bab camana nak buat dan nak praktis tue, aku malas nak komen sebab masih tak jelas dengan prosedur-prosedur sekatan tersebut untuk dipraktiskan. Korang rasa, puak-puak 'hooligans' ini register ker kelab atau 'firm' mereka dekat ROS? Kompom tidak. So, buat masa sekarang, statement-statement yang kata nak halang puak 'hooligans' nie daripada masuk stadium, mengarut jer. Mesti ramai jer yang masuk stadium nanti. Tak payah la cakap nak halang puak 'hooligans' nie masuk stadium, mercun, suar pun masih terlepas dan bebas digunakan dalam stadium.

Jadi, apa penyelesaiannya agak-agak? Kalau korang tanya aku, aku pun tak tahu nak jawab. hahahahha. Diluar kuasa dan bidang. Yang penting, kualiti bola sepak kena meningkat. Team Malaysia kena kuat. Agak-agak kalau semua perkara itu dipenuhi, puak-puak 'hooligans' ini ada isu tak nak buat provokasi? Nampak gayanya, semuanya dilihat kena 'back to basic'. Improve our football, the rest will follow...

Just my 20 cent...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget