Wednesday, December 17, 2014

Dari Melaka ke Bangkok demi Harimau Malaya


Pergh... AKu respek tan tabik la kat geng Ultas Taming Sari ni. Memang power beb. Berkelana ke Bangkok, Thailand hanya dengan menggunakan Kancil jer. Korang boleh buat ker? Aku? Serius tak sanggup. Cuba bayangkan perjalanan UTS (Ultras Taming Sari) ini ke Bangkok daripada Melaka. Agak-agak korang bapa kilometer dah mereka travel. Walaupun hanya menggunakan kereta Kancil (tak pasti sama ada model 660 atau 850) tetapi demi Harimau Malaya dan demi Malaysia, mereka sampai jua ke Bangkok.




Korang tahu tak berapa jarak perjalanan yang dilalui oleh UTS nie? 1,635kilometer tue... Pergh.... Memang terbaik. Ini baru dikatakan sebagai peminat setia bola sepak Malaysia. Harapan menggunung untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Kalau jalan non stop tanpa trafik, ambil masa 19 jam dan 22 minit. Tapi kalau ada trafik, tambah dengan isi minyak, tidur, makan mungkin ambil masa 3 hari. Aku memang tak sanggup sepertimana geng UTS ini.


Harapan aku agar Harimau Malaya dapat berjuang habis-habisan di bumi Thailand nanti. Sebab kami, sebagai peminat dan pecinta bola sepak Malaysia, berhabisan masa dan wang ringgit hanya menginginkan kejayaan Malaysia di pentas dunia.

Tahniah kepada UTS yang hanya menggunakan Kancil jer untuk ke Bangkok. Korang memang Legend....

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget