Memandangkan aku lama tak masuk stadium, jadi feeling semalam memang semacam sikit. Meremang bulu roma jugak la sebab exited untuk menyokong Harimau Malaya (walaupun akhirnya kalah..huhuhu). Namun, itu semua adat permainan. Kalah menang itu pasti, so malam tadi, Malaysia kalah kepada Vietnam dengan jaringan 1-2. Berat jugak la kalau nak Malaysia nak buat come back dekat Vietnam. Tapi berjuangan harus diteruskan.
Pasal perlawanan, nanti aku review sikit. Memang aku tak berapa puas hati bentuk permainan harimau Malaya semalam. Apapun, pasal tue, nanti aku terangkan dengan lebih lanjut..
Sekarang kita layan dulu gambar-gambar suasana semalam di Stadium Shah Alam..
Suasana di luar stadium..
Gambar semasa aku sampai di perkarangan stadium.. Meriah gila. |
Ultras Malaya berarak masuk ke dalam Stadium |
Suasana di dalam stadium..
Setelah dapat seat dalam stadium. Masuk pukul 6.30petang. Dah penuh sudah.. |
Pemain-pemain mulai panaskan badan sebelum perlawanan
Stadium 'full house'. Kami menanti wisel ditiupkan.
Perlawanan berlangsung. Ketika ini Malaysia mendahului Vietnam 1-0 melalui penalti Copot. |
Terpaku. Vietnam menyamakan keadaan. Kini Malaysia 1-1 Vietnam |
View aku dari tempat duduk aku. |
View belakang aku. Penuh baq hang.... |
Terpaku untuk kali kedua. Vietnam mendahului dengan jaringan kedua.. |
Walaupun kalah, namum sorakan daripada peminat-peminat tidak pernah pudar.. |
Setelah perlawanan berkesudahan dengan Malaysia 1-2 Vietnam, kami masih lagi di kerusi masing-masing melaungkan sorakan kami. Walaupun kalah, sokongan dan sorakan tidak lagi pudar. Inilah yang dikatakan peminat.
Apapun, malam semalam adalah yang terbaik, daripada segi bentuk sokongan dan sorakan dari peminat-peminat Malaysia. Aku, serius kagum dengan set-set Ultras Malaya. Diorang start menyanyi dan bersorak dari pukul 7.10 petang sampai tamat perlawanan. Tak letih ka wei... Hahhahah
Memang aku tabik spring boooh....
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop