Menurut Spiegel Online Sport, perlawanan antara Cameroon menentang Croatia di percayai telah di atur. Wilson Raj Perumal, pengatur perlawanan berpengaruh dan pernah di hadapkan di mahkamah sebelum ini telah menulis di Facebooknya sebelum perlawanan bahawa perlawanan akan menyaksikan Cameroon tewas 0 - 4 dan satu gol di jaringkan pada separuh masa pertama. Selain itu salah seorang pemain akan di kenakan kad merah dan ianya ternyata benar apabila Alex Song di kenakan kad merah.
Namun FIFA menafikan perkara ini dan tiada bukti sejauh mana kebenaran dakwaan Wilson Raj Perumal ini.
Perumal yang berasal dari Singapura pernah dikenakan hukuman di Singapura kerana mengatur perlawanan Asiagate in 2007–2009 dan juga Liga Finland dari 2008-2011. Selain itu dia juga pernah mengatur perlawanan FA Cup antara Liverpool dan Chelsea namun kedua-dua pemain dari Liverpool dan Chelsea menolak tawarannya. Pada Februari 2011, Perumal ditahan di Finland dan dikenakan tahanan selama 2 tahun.
No comments:
Post a Comment