Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic bengang dengan tindakan wartawan dan jurumedia yang bertanyakan kedudukkan pemain yang berpuasa untuk menghadapi Jerman nanti. Vahid berpendapat itu merupakan satu kenyataan yang tidak menghormati pemain-pemain Algeria.
"Ini bukan kali pertama saya mengendalikan pemain Muslim malah saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa memberi kebebasan kepada pemain-pemain saya dalam perihal peribadi. Dan sekiranya soalan-soalan sebegini (mengenai berpuasa dan Ramadan), ini menandakan anda tiada perasaan hormat kepada individu lain." kata Vahid Halilhodzic yang merupakan jurulatih berkelahiran Bosnia.
"Pemain-pemain saya bebas melakukan apa sahaja yang melibatkan peribadi mereka. Saya tidak akan menghalang. Dan dalam sesi sidang media ini, anda masih lagi ingin bertanyakan perkara mengenai puasa dan Ramadan, saya akan bangun dan tinggalkan sidang media ini.
Sidang media tersebut berlangsung semperna perlawanan Algeria menentang Jerman hari ini.

No comments:
Post a Comment