49 hari. Itulah jangka masa bagi seorang jurulatih wanita melatih sebuah pasukan yang semuanya lelaki. Helena Costa, telah melatih pasukan Clermont Foot 63 sebuah pasukan bola sepak yang beraksi untuk Ligue 2, Perancis.
Namun, dia hanya bertahan selama 49 hari sahaja. Costa menyatakan bahawa dia di tikam di belakang oleh pemain dan pegawainya. Segala apa yang berlaku melibatkan perlawanan, latihan dan sebagainya di buat tanpa pengetahuannya.
Namun, selepas Costa meletakkan jawatan, Clermont Foot 63 telah melantik jurulatih baru iaitu Corinne Diacre yang juga seorang wanita. Diacre pernah beraksi untuk pasukan bola sepak wanita Perancis.
Diacre bersetuju untuk mengemudi pasukan Clermont Foot 63 dan mengikat kontrak selama 2 tahun.
Tetapi, adakah beliau berjaya? Atau senasib dengan Costa?
No comments:
Post a Comment