Friday, May 30, 2014

Torres jawab kenapa dia tinggalkan Anfield


"Saya seperti raja di sini, tetapi pasukan kami alami kejatuhan"
Itulah kata-kata Torres yang tiba di Liverpool pada musim 2007-2008. Tambahnya lagi, semuanya ada di Anfield. Xabi Alonso dan Mascherano adalah antara nama besar di Anfield termasuk Gerrard yang merupakan lagenda kelab ini.

Namun, sepanjang 5 tahun bersama Liverpool, tetapi Liverpool gagal memenangi EPL dan juga Champion League. Kemudian, satu-satu nama besar dijual termasuk Xabi Alonso dan Mascherano kepada Real Madrid dan Barcelona.

"Saya masih berusia 27 tahun, saya mahu tahu apakah perasaan ketika mengangkat trofi Liga Juara-Juara dan saya mempunyai perasaan ianya tidak akan berlaku di Liverpool. 

"Liverpool kemudiannya berada dalam sessi peralihan penuh, kelab ini telah dijual dan dalam hal ini, melainkan jika anda adalah Manchester City atau PSG, ia boleh menjadi jalan yang lama sebelum anda sekali lagi berdaya saing. 


"Saya tidak mempunyai masa untuk menunggu. Suatu hari, Steven Gerrard datang kepada saya dan berkata: 'Fernando, sekarang anda perlu berfikir tentang diri anda. Dan fikir apa yang anda perlu anda lakukan.' 

"Tetapi apabila saya pergi untuk memberitahunya bahawa saya akan menerima tawaran Chelsea, ia menghancurkan perasaannya. 

"Mengumumkan penghijrahan saya ke Chelsea kepada Gerrard adalah salah satu daripada saat-saat yang paling sukar dalam kerjaya saya. 

"Dia adalah teman sepasukan saya yang paling hebat dan baik. Saya sangat sukar untuk mendapatkan rakan sepertinya."
Recent Comments Widget