Aku tengok kan, sesiapa yang pernah berkerja dengan FAM, hampir pasti akan menyokong Tengku Abdullah. Seolah-olah dah macam satu trending la pulak. Pada tafsiran aku, mungkin disebabkan mereka pernah berkerja dengan Tengku Abdullah. Dan disebabkan itu, TMJ tidak menjadi pilihan mereka dalam pemilihan Kongres FAM kali ini.
Aku rasa kita tak boleh menyalahkan mereka atas sokongan mereka kepada Tengku Abdullah, kerana mereka mungkin berasa selesa kerana sebelum ini pun Tengku Abdullah pernah berkhidmat dengan FAM sebagai Timbalan Presiden FAM. Tetapi jikalau TMJ menerajui FAM, mereka mungkin akan rasa gugup dan tidak senang hati dengan suasana dan kepimpinan baru.
Betullah kalau sebelum ini pun, TMJ pernah dikenakan denda dan tindakan oleh FAM yang mana mereka yang berada dalam FAM secara langsung dan tidak langsung terlibat mengenai keputusan itu. Mungkin juga mereka melihat TMJ masih muda atau kurang pengetahuan dalam FAM.
Aku berpendapat, selalunya orang sebegini payah untuk menerima sesuatu perubahan drastik. Payah untuk menerima pendapat orang yang lebih muda, dan payah untuk mengiktiraf sesuatu yang baru, walaupun ia merupakan perkara yang baik. Kenapa kamu dilihat gusar sangat jikalau TMJ menerajui FAM?
Aku tak tahu jika sesuatu perkara itu mempunyai agenda yang tersendiri. Aku juga tidak tahu kalau ia melibatkan sesuatu kepentingan. Tapi aku pasti, Malaysia sekarang begitu ketinggalan dalam agenda memartabatkan bola sepak Malaysia. Lihat sahaja dimana kita sekarang ini. Bercakap sahaja tentang sesuatu itu, kritik sesuatu perkara, akhirnya di 'gam'. Adakah ini sesuatu penyelesaian yang bijaksana?
Sebagai peminat bola sepak tanah air tercinta, aku mengharapkan suatu perubahan yang jelas dah drastik. Kita tidak boleh menggunakan cara ortodoks dan cara yang sama dalam jangkamasa 30tahun. Jadi, berubahlah. Kami mahukan perubahan. Ubah FAM.
#RombakFAM
-luis Garcia-