Thursday, May 15, 2014

Samir Nasri bakal bersara awal..


Isu Samir Nasri bukan lagi menjadi isu biasa memandangkan beliaun merupakan salah satu tonggak penting yang membawa Manchester City kepada kejuaraan EPL pada musim ini. Bertitik tolak daripada itu, ramai dilihat mempertikaikan keputusan Deschamps kerana mengetepikan Nasri dari pasukan Perancis.

Terkini, Nasri berkemungkinan untuk bersara daripada persada antarabangsa kerana kecewa dengan pemilihan skuad Perancis. Pada tahun Piala Dunia 2010, Nasri juga diketepikan oleh Raymond Domenech daripada pasukan Perancis.

"Saya rasa, saya perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai perkara ini. Ini merupakan kali kedua saya diketepikan untuk bermain dengan Perancis dan dua kali juga saya dikecewakan," kata Nasri memetik temuramah dengan Sky Sport semalam.

"Jika kamu bertanya kepada pemain, adakah mereka gembira jika berada dibangku simpanan, saya pasti jawapan mereka sama seperti saya iaitu tidak gembira"

"Saya perlu berehat dan bercuti. Apa yang pasti, masa depan saya bersama perancis semakin kelam, tambahan pula ini kali kedua saya dipinggirkan."

"Kadangkala, apabila kamu mahu bercakap dengan pengurus tapi beliau tidak mahu bercakap dengan kamu, kamu boleh merasakan yang berkemungkinan besar, kamu akan dipinggirkan. "

"Saya agak terkejut, tapi saya kena kuatkan mentaliti saya. Saya hormati keputusan beliau kerana tidak memilih saya. Apapun saya ucapkan selamat berjaya kepada pasukan Perancis".

Dalam masa yang sama, Pellegrini dan Viera dilihat menyokong Nasri dalam situasi ini.

Komen aku, Perancis mungkin salah satu calon terawal keluar kot.

Adooi..

-luis Garcia-
Recent Comments Widget