Thursday, May 15, 2014

Pick of The Day: Bosnia-Herzegovina



''Adalah bersalah dan berdosa bagi saya jika tidak menggandingkan Edin Dzeko dan Vedad Ibisevic yang begitu hebat dalam bahagian serangan untuk skuad Bosnia.'' Itulah kata-kata ketua jurulatih Bosnia, Safet Susic ketika pusingan kelayakan piala dunia. Hasilnya, Bosnia menjaringkan 30 gol dalam 10 perlawanan pusingan kelayakan. WOW! Terbaik gila attacking Bosnia. Betul tak?

Vedad Ibisevic
Edin Dzeko
Bagi admin, Bosnia yang tiba di pentas piala dunia adalah sesuatu yang perlu dibanggakan rakyatnya. Mana taknya, piala dunia kali ini adalah pentas bolasepak terhebat dan yang pertama bagi mereka. Bosnia tak perlu takut kepada mana-mana pasukan kali ini. Walaupun dilihat sebagai pasukan yang tidak memberi ancaman, tetapi motivasi mereka untuk ke melepasi peringkat kumpulan adalah tinggi dan tiada tekanan untuk mereka.
 

Walaupun mempunyai midfielder kreatif seperti Miralem Pjanic dan ketua pasukan Emir Spahic yang begitu mantap di bahagian pertahanan, Bosnia masih perlu menyandarkan segala-galanya kepada Edin Dzeko. 33 goal dalam 60 penampilan bersama Bosnia, sememangnya menakjubkan. Digelar 'Diamond' di Bosnia, Dzeko dilihat cukup tajam di hadapan goal.



Bagi admin, Bosnia memang sangat memerlukan penyerang seperti Edin Dzeko. Jika bertemu dengan Argentina dalam peringkat kumpulan, peluang untuk menjaringkan gol sangat sedikit untuk Bosnia. Bagi merealisasikan peluang yang sedikit itu, ketajaman Dzeko amat diperlukan.

Untuk Bosnia Herzegovina, admin sangat respek pada pasukan dan negara anda. Berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina dan Brazil. Malaysia bila lagi? Dah 2014 dah ni. Admin Luis Garcia sila jawab. Hehehe~

-bergkamp-











Recent Comments Widget