Nasihat peminat semua bagai nak rak. Diri sendiri, tak tengok. Bro, kau tengok la sikit diri tue. FAM bukan tempat berpolitik konon? Kau faham ker apa maksud politik sebenarnya nie. Kau ingat politik ini sekadar nak berdemo, memaki cerca pihak lawan, melobi jawatan?
Aduh... oleh pulak kalu cakap para penyokong memanam sentimen kurang baik terhadap FAM. Woi? kalau FAm betul-betul mempertingkatkan prestasi dan maruah bola sepak Malaysia, kita pun tak hingin nak kacau FAM. Tapi sebab sekarang, FAM dah kronik sangat dah. Sebab kami sayangkan bola sepak Malaysia.
Lepas tue kau cakap FAM boleh terima kritikan dan pandangan. Choih.... kritik sikit dah kena bar. Kalau tak Tan Sri Annuar Musa tak kena gantung dua tahun la woi...
-luis Garcia-'FAM bukan tempat berpolitik'
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan, penyokong-penyokong fanatik bola sepak seharusnya memberikan sokongan penuh kepada persatuan, bukannya mempolitikkannya.
Subahan memberitahu, ia merupakan satu perbuatan tidak wajar apabila para penyokong menanam minda dengan mewujudkan satu sentimen kurang baik dengan FAM.
Jelasnya, calon-calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Kongres FAM ke-50 Ahad ini mempunyai misi untuk membawa perubahan terhadap bola sepak negara dan para peminat tidak harus mengaitkannya dengan politik.
"Mungkin kemarahan mereka semakin jelas selepas kita memenangi Piala AFF Suzuki pad atahun 2010 tetapi gagal mempertahankannya pada edisi 2012.
"Kita perlukan penyokong bukan sahaja di waktu pasukan negara berada di puncak tetapi ketika jatuh, mereka harus terus memberikan sokongan.
"Penyokong-penyokong tidak boleh jadi 'politikus'. Ini yang menjadi masalah apabila penyokong-penyokong pula yang menentukan siapa yang layak jadi Presiden FAM.
"Ia tidak baik buat FAM dan bagi saya, kita seharusnya memberikan sokongan teguh kepada pemimpin kita," katanya dalam satu sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, Subahan turut menepis dakwaan yang mengatakan FAM langsung tidak buat kerja untuk meningkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang kini dikritik hebat oleh sesetengah pihak.
"Sebenarnya, kami sudah ada pelan untuk program pengadilan di Liga M. Perkara ini sudah lama dirancang dan ia akan dilaksanakan selepas Kongres FAM nanti.
"Tidak adil untuk mengatakan seolah-olah kami tidak buat kerja dan sudah tentu saya terasa kerana saya adalah Naib Presiden FAM.
"Kami boleh menerima pandangan dan kritikan tetapi ia agak tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada FAM," katanya.