Tuesday, May 27, 2014

Analysis: Real Madrid vs Atletico Madrid Final Champion League




Agak lama admin tak bincang analisis game-game besar dan kali ini, admin rasa ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai perlawanan akhir Champion League antara Real vs Atletico ini.

Game kali ini admin nampak secara umum bagaimana Real dan Atletico menyerang dan bertahan. Admin nak ulas sikit pasal Real Madrid dulu lah memandangkan Real Madrid adalah juara Eropah untuk musim 2013-2014 ini.

Dalam perlawanan ini, Real turun ke Lisbon dengan ketiadaan Xabi Alonso yang dikenakan penggantungan perlawanan. Carlo Ancelotti meletakkan Sami Khedira di posisi Alonso dan dalam perlawanan tersebut, Khedira dilihat dapat mengawal bahagian tengah dengan baik walaupun kerap kali dilihat off position. Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema dilihat agak senyap untuk 90 minit ini. Mungkin sebab tak mau bagi injured (prepare untuk Piala Dunia rasanya), kelibat mereka dalam menyerang agak kelam.



Real menyerang dengan menggunakan Di Maria dan Gareth Bale. Larian dari Bale dan Di Maria sememangnya sangat berbahaya. Namun penyudah dari Bale memang out untuk 90 minit ini. 6 percubaan dari Bale yang kompom boleh gol disia-siakan.

Gol pertama dari Atletico Madrid adalah jelas hasil kesilapan Iker Casillas. Casillas dilihat keluar terlalu awal dan tak aware yang Diego Godin memang strong in the air. Hasilnya, Atletico memperoleh gol kerana kesilapan Casillas. Casillas perlu berterima kasih kepada Sergio Ramos sebab menjaringkan gol pada minit ke-93 untuk menyamakan kedudukan.



Untuk Atletico Madrid pula, corak menyerang mereka sangat unik. Mereka menyerang dan bertahan dalam satu unit, dan mempunyai kerjasama yang erat. Bermain dengan konsep teamwork, Atletico agak liat untuk dijinakkan. Dengan ketiadaan winger kreatif Arda Turan dan Diego Costa (main 9 minit sahaja), option Atletico untuk menyerang hanya ada pada David Villa dan Adrian Lopez saja.

Sayang sekali, gol penyamaan Real hadir melalui tandukan Ramos di hujung gol mengalahkan Thibault Courtois. Bagi admin, Atletico sepatutnya meletakkan pemain pertahanan di kanan dan kiri gol post untuk menghalang gol dari corner kick Real. Itulah kesilapan Atletico.

Disebabkan goal itu, Atletico diheret ke extra time. Itu juga adalah kesilapan Atletico secara total. Bermain dengan konsep 1 unit ini adalah memakan tenaga. Mereka perlu bertahan dan menyerang dalam masa yang sama. Ini membuatkan mereka tak mampu cope dengan attacking Real yang memang terlalu berat bagi mereka.

Atletico tak expect yang mereka akan diheret ke masa tambahan. Keletihan adalah faktor mereka gagal mengekang serangan Real pada masa tambahan ini. Hasilnya, Real mendapat 3 gol dalam 30minit masa tambahan.

Memang ia terlalu pedih buat Atletico Madrid dan Diego Simeone sememangnya orang pertama yang merasai kekecewaan ini.

Prediction admin salah pulak kali ni. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Real Madrid. Anda berhak untuk menjadi juara Champion League ini.

-bergkamp-
Recent Comments Widget