Tuesday, March 11, 2014

Wenger, boleh tolong fikir logik sikit boleh tak??

Tadi aku baca dalam BBC Football, yang Wenger cakap mereka punya semangat yang tinggi untuk kalahkan Bayern di Allianz Arena. Dengan defisit dua gol hari itu, Wenger mengatakan semuanya tidak mustahil untuk mereka turn the table around...

Hg nie Wenger, minum ayaq ketum terlebih nie...

Hahahhahah...

Apa yang aku baca tadi, Wenger masih menaruh harapan bersandarkan apa yang penah berlaku sebelum-sebelum ini. Sebagai contoh, musim lepas. Mula-mula Arsenal kalah ditempat sendiri dengan 1-3 kepada Bayern, tetapi menang di Allianz Arena 0-2. Agreget 3-3. Tapi disebabkan Bayern mempunyai kelebihan gol ditempat lawan, mereka layak ke pusingan berikutnya..

Itu cerita tahun lepas.. Dah basi..

Sekarang nie tahun 2014. Pep Guardiola yang pegang Bayern. Kita review balik game yang lepas semasa Arsenal kalah 0-2 kepada Bayern. Apa statistiknya. Berapa peratus possision Arsenal. Berapa banyak touch yang Arsenal buat??

Statistik perlawanan yang lepas..
  • Bayern berjaya mengekalkan posisi sebanyak 79% berbanding Arsenal yang hanya 28% dalam 90 minit perlawanan.
  • 863 hantaran yang dilakukan oleh Bayern dalam masa 90 minit. 95 % daripadanya berjaya dilakukan.
  • 222 hantaran yang dilakukan oleh Arsenal dalam masa 90 minit. Hanya 71.2 % daripadanya berjaya dilakukan.
  • Toni Kroos berjaya melakukan 147 hantaran yang dilakukan (bersamaan dengan jumlah hantaran daripada 12 orang pemain Arsenal !!!).
  • Kroos juga berjaya melakukan 127 hantaran ke kawasan Arsenal 
  • Wilshere berjaya melakukan sebanyak 30 hantaran tetapi yang berjaya hanyalah 66.7%
  • Cubaan kearah gol, Bayern (24), Arsenal (8)

So, macam aku cakap mula-mula tadi la..Wenger nie terlebih minum ayaq ketum nie...

Hahahhaha..

Player-player yang pergi ke Germany pun semua stress free. Sebab tak payah fikir nak menang. Main untuk buat syarat ja. Apapun selamat berjaya Wenger dan Arsenal. Kenang daku ketika kalah nanti yer...






 Haaa... Lupa nak bagitahu satu benda. Minggu lepas Bayern menang keatas Wolfburg 1-6. Dan Pep Guardiola berang dengan prestasi anak buahnya dalam perlawanan tersebut. Apa tandanya tue...

Hahahhahah...

Apapun Arsenal, selamat berjuang..

-luis Garcia-



Recent Comments Widget