Monday, March 10, 2014

Ronaldo lagi...aku dah fedup... Real Madrid 3-0 Levante


Dah tak ada orang lain ka yang nak score untuk Real Madrid nie. Asyik-asyik orang tue aja. Aku pun dah naik fedup nak update blog nie sebab Ronaldo.

Woi... Tolong jaga Ronaldo elok-elok boleh tak? Kalau lah aku boleh cakap macam tue dekat pemain-pemain Levante.

Hahahhaa...

Sememangnya Ronaldo memang power. Score sebijik, assist sebijik untuk Marcello. Sebijik lagi own goal. Dengan kemenangan ini, Real Madrid dengan gagahnya berada di tahta liga tambahan pula Barcelona kalah dengan Valladolid 1-0.

 Gol pertama dijaringkan Ronaldo melalui tandukkan hasil dari sepakan penjuru oleh Di Maria pada minit ke 11. Manakala gol kedua dihasilkan oleh Marcello hasil lorongan juga dari Ronaldo (Ronaldo lagi, haih) pada minit ke 49.

Pada minit ke 63, David Navarro dibuang padang setelah mengasari Ronaldo (lagi Ronaldo????). Mungkin sepatutnya hanya kad kuning yang patut dikenakan kepada Navarro, tapi dengan gaya lakonan bermutu dari Ronaldo, pengadil terkesan lalu mengeluarkan kad merah. Mungkin Ronaldo teringat yang pada musism lalu, dia pernah disiku oleh Navarro hingga berdarah hidung. Lalu kali ini, pay back time..


Dan gol ketiga Real datang daripada gol sendiri daripada pemain Levante sendiri. Tidak dipastikan sama ada pemain tersebut tidak sengaja atau tidak, tetapi sememangnya dia penat bermain pada akhir 20 minit kerana Navarro dibuang padang menyebabkan rakan-rakan yang lain bermain dengan 10m orang sahaja hingga tamat permainnan.

Perlawanan berkesudahan 3-0.

Sekian ulasan..

sumber: Dailymail
-luis Garcia-
Recent Comments Widget