Tuesday, March 11, 2014

Malang seorang penyokong Wolverhampton Wanderers.


Malang buat penyokong Wolves ini apabila mendapati bahawa jersey kelab yang dibelinya ini mempunyai lambang terbalik. Kah3.

Richard Gough, peminat yang membeli jersey tersebut tidak menyangka yang lambang tersebut adalah terbalik ketika beliau sedang selfie. Yang menariknya, beliau tidak sedar yang lambang tersebut terbalik semasa membelinya.

Lambang yang betul-betul terbalik

Richard Gough turut memuat naik gambar tersebut di twitter dan telah mendapat sambutan yang sangat menarik. Beliau juga turut 'tweet' gambar tersebut di laman twitter Wolves dan mendapat reaksi daripada kakitangan kelab.

Yang paling lawak, kelab tersebut memberi surat kepada Richard Gough dalam keadaan terbalik dan turut memohon maaf atas kesilapan yang 'rare' ini.



Isi kandungan surat yang memang terbalik

Berikut adalah isi kandungan surat tersebut. Pembaca tak perlu pusingkan gambar ya. hehe~
Isi kandungan surat.


Dengan itu, Richard Gough telah menerima tiket menonton perlawanan Wolves menentang Shreswsbury secara percuma pada 15 Mac ini dan bakal mendapat tandatangan pemain pada jersey tersebut. 

Simpan jersey ni bro, memang rare!!



Muka tak puas hati ni... keh3

-bergkamp-


Recent Comments Widget